Akta Keharmonian yang dicadangkan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) tidak akan terlepas dari menyentuh kepentingan Melayu dan Islam, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata Umno melalui biro perlembagaan dan undang-undangnya akan menubuhkan satu jawatankuasa kecil bagi menulusuri akta berkenaan dan memberi cadangan kepada pihak kerajaan.
"Kita akan lihat dari segi keseluruhan segala aspek termasuk apa yang kita fikirkan penting dalam konteks perjuangan Umno maknanya soal kedudukan Islam, kedudukan orang Melayu dan raja-raja.
"Umno harus beri cadangan serta pendapat berkenaan akta keharmonian. Oleh itu satu jawatankuasa kecil ditubuhkan di bawah biro perlembagaan dan undang-undang untuk mengkaji perkara ini dan membuat cadangan untuk pertimbangan pihak kerajaan," katanya pada. satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.
Akta Keharmonian yang dicadangkan MKPN adalah bertujuan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 supaya mereka yang mengeluarkan ucapan kebencian kaum dan agama dapat dituduh di bawah akta berkenaan.
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad sebelum ini mendakwa kerajaan secara sengaja atau tidak, sudahpun menyerahkan tugas menetapkan dasar dan menyediakan draf undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Kebencian Kaum dan Agama, Rang Undang-Undang Rekonsiliasi dan Keharmonian Nasional serta Rang Undang-Undang Suruhanjaya Rekonsiliasi dan Keharmonian Nasional kepada pembangkang, yang dilihat sebagai 'merampas' MKPN.
Beliau berkata jika Majlis Peguam diberi peluang berbuat demikian, badan itu akan menggubal mengikut kehendak dan kesesuaian parti-parti yang disokongnya.
Abdul Hamid turut mempersoal mengapa pembangkang, khususnya Majlis Peguam, diminta, dibenar dan dibiarkan menetapkan dasar dan menggubalnya sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri.
Katanya, mengikut amalan biasa, apabila kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, kerajaan (kementerian atau jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar.
Najib berkata MKPN bukanlah satu badan muktamad yang boleh membuat keputusan akhir berhubung akta keharmonian tetapi kerajaan dan kabinet yang mengambil peranan itu.
Katanya apa yang diutarakan Hamid berhubung Majlis Peguam bukanlah menjadi matlamat utama penubuhan MKPN.
"MKPN bukan satu forum atau platform untuk membincangkan perkara ini secara tertutup. Apa yang dilakukan Majlis Peguam tidak selaras dengan tujuan MKPN ditubuhkan," katanya.
Awal bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengesahkan belum menerima tiga draf awal berkaitan Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.
Bagaimanapun, katanya draf terbabit yang diterima daripada MKPN belum dibawa ke kabinet kerana perlu diperhalusi bagi memastikan tiada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya sudah menerima tiga draf bill (rang undang-undang), tetapi penerimaan itu tidak semestinya bermaksud kerajaan terus terima.
“Hanya kerana mereka menyerahkan kepada saya, tidak bermakna kabinet sudah bersetuju," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Menurut Nancy, pelaksanaan undang-undang baru itu akan mengambil masa, selain turut memberi jaminan undang-undang tersebut tidak akan membelakangkan hak Raja-raja Melayu dan elemen-elemen lain dalam Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu dalam jawapan bertulisnya kepada Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim, beliau berkata Akta Hasutan 1948 masih lagi sah selagi tidak ada akta baru menggantikannya.
Beliau juga berkata kerajaan masih belum memutuskan tarikh sebenar pemansuhan akta sedia ada memandangkan akta baru sedang dalam kajian dan memerlukan penelitian daripada pelbagai aspek.

No comments:
Post a Comment