DARI JELEBU
Hishamuddin Rais
Penswastaan ialah satu dasar ekonomi yang dianjur oleh kaum pemodal kapitalis pada tahun 80'an dahulu. Ini adalah dasar ekonomi yang mula-mula dianjurkan oleh Ronald Reagan dan Margaret Thatcher. Ini adalah dasar ekonomi kapitalis fahaman kanan yang ekstrim.
Sebelum dasar penswataan di perkenalkan banyak negara dalam dunia ini masih memiliki harta-harta dan syarikat-syarikat awam. Banyak syarikat-syarikat yang berjaya ini dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan. Syarikat awam ertinya syarikat yang dimiliki oleh orang ramai.Kaum pemodal meleleh air lior apabila melihat syarikat air, syarikat api, pejabat pos, syarikat talipon, syarikat kapal terbang, sekolah, hospital dan seribu satu macam syarikat yang dimiliki oleh rakyat. Kaum pemodal tidak dapat menahan nafsu duitan mereka untuk merompak syarikat-syarikat ini.
Syarikat-syarikat milik kerajaan bermula dengan cita-cita untuk memberi khidmat kepada orang ramai. Syarikat-syarikat in diusahakan bukan atas dasar mencari untung maksima. Dalam masa yang sama syarikat-syarikat ini juga berjalan dengan pengendalian yang baik dan profesional. Untung bukan slogan syarikat-syarikat ini. Rugi juga bukan moto syarikat ini.
Khidmat untuk orang ramai ialah shahadah untuk semua syarikat-syarikat milik kerajaan. Syarikat-syarikat ini berimankan - khidmat terbaik untuk kesejahteraan ramai. Syarikat milik orang ramai didirikan untuk memberi khidmat kepada orang ramai.
Tiba-tiba Mahathir Muhamad melancar skim cepat kaya pada tahun 80an. Syarikat-syarikat Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, MAS, Pembeklan Air, Pejabat Pos, Hospital, Taman Negara, Jalan Raya, Balai Raya, Dewan Orang Ramai, Rumah Rehat – semua ini adalah contoh-contoh syarikat dan harta orang yang ditelah diagih-agihkan oleh Mahathir Muhamad kepada kaum kerabat dan kroni-kroninya.
Inilah skim cepat kaya Mahathir Muhamad yang dijadikan dasar gerombolan United Malays National Organisation. Di tahun-tahun itu, ketika Mahathir ditahta, kita ada mendengar berita Mamat Basikal Buruk jadi towkay gedung-gedung perniagaan. Kita mendengar Mat Driber Lori jadi pemilik empangan terbesar. Kita mendengar Mat Sekolah Tak Tamat menjadi tuan punya syarikat penerbangan. Kita mendengar cerita Mat Tak Pandai Cakap Inggeris menjadi pemilik loji air.
Semua harta-harta dan syarikat yang dimiliki orang ramai telah diambil alih untuk di jadikan milik pribadi. Semuanya dirompak untuk diagihkan kepada kroni. Cara rompakan ini cukup senang: Para kroni mengajukan cadangan-cadangan dengan kertas kerja kepada badan Unit Perancangan Ekonomi - EPU. Bunyinya cukup lunak tetapi hakikatnya amat berlainan. Badan perancangan ini juga dirasuah untuk meluluskan rompakan ini. Para birokrat di badan Perancangan ini juga mendapat habuan untuk meluluskan rompakan ini. Mereka bersubahat untuk sama-sama merompak.
Hasilnya di zaman Mahathir Muhamad banyak lanun dan perompak menjadi kaya raya.
Bayangkan berpuluh puluh tahun syarikat dan harta-harta ini telah dibagunkan sedikit demi sedikit. Syarikat MAS - dari dua buah kapal terbang yang disewa dari BOAC akhirnya menjadi sistem penerbangan antarabangsa. Bayangkan dari hanya beberapa buah peti pos akhirnya Pejabat Pos berjaya memberikan khidmat ke seluruh negara. Cuba fikirkan bagaimana hutan diteroka dan jalan raya dan landasan keretapi dibuat.
Berapa bilion ringgit pelaboran telah di curahkan oleh kerajaan? Berapa banyak masa, tenaga dan berapa banyak nyawa rakyat yang telah digunakan untuk mendirikan syarikat-syarikat ini? Dalam sekelip mata sahaja semua harta-harta ini telah dirompak oleh Mahathir Muhamad. Harta-harta milik kita semua ini dengan bagitu senang diagih-agihkan kepada kaum keluarga dan kroni.
Dasar rompak harta orang ramai inilah yang dipanggil dasar pengswastaan. Dasar ini juga dikaitkan dengan apa yang dipanggil dasar globalisasi. Dasar globalisasi ini membolehkan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa datang sama menjarah dan merompak harta negara kita.
Apakah kita lupa syarikat Air Kelantan pada satu masa dahulu sebahagian besarnya adalah milik Thames Water dari United Kingdom. Tidak kah kita merasa takut apabila air yang kita minum ini tuan empunyanya ialah orang luar. Tidak kah kita merasa gerun apabila hospital kita adalah milik Singapura, Britain atau Amerika? Tidak kah kita terganggu apabila syarikat talipon kita kini dimiliki oleh Jepun, Korea dan Australia?
Dasar penswastaan ini telah berjalan lebih dari 20 tahun. Porak peranda hasil dari dasar ini sedang kita lihat. Sekolah dan universiti bukan lagi gudang ilmu untuk mendidik warga bangsa tetapi menjadi gedung 'menipu' untuk membuat duit. Hospital yang dulunya milik kita bersama kini apabila kita jatuh sakit kita pula kena bayar. Kita diberi ubat yang 'tidak bermutu' tetapi jika hendakkan ubat yang bermutu – sila bayar. Jika tidak ada duit maka jawabnya kita dapat rawatan lekeh atau tidak ada rawatan langsung.
Lihat pula berapa banyak jalan-jalan raya sedang dihalang dengan tol. Air dan api dinaikan harga saban tahun. Talipon terus melonjak sewanya. Untung, untung dan untung dijadikan akidah syarikat swasta ini.
Dahulu - ketika semua syarikat ini dimiliki oleh orang ramai – jika dapat untung – keuntungan ini akan dimasukkan ke dalam dana negara. Bila syarikat ini di swastakan bila ada untung maka untung ini masuk ke dalam poket tuan pemilik saham syarikat ini. Ini bezanya antara syarikat milik kerajaan dengan syarikat yang diswastakan.
Minggu lalu Najib Razak telah cuba melakukan rompakan di siang hari. Najib Razak sedang mula membuat jaringan kroni-kroni baru. Sime Darby adalah kroni pertama Najib Razak. Jika di selidik dan di halusi maka pasti akan kita ketemui bahawa Najib Razak dan kaum kerabatnya mungkin ada memiliki kepentingan dalam syarikat Sime Darby ini. Atau telah ada 'persetujuan' yang syarikat Sime Darby ini akan memperkukuhkan kedudukan Najib dari segi sokongan politik dan kewangan.
Sime Darby ingin merompak Institut Jantung Negara. Ini telah di persetujui oleh Najib Razak. Najib Razak sendiri membuat kenyataan - DIA TIDAK AKAN MENGHALANG NIAT SIME DARBY.
Lihat dengan jahat dan licik Najib Razak telah 'membocorkan' berita rancangan rompakan ini sesudah perlimen ditutup untuk bercuti satu bulan. Ini niat jahat.
Najib Razak tidak mahu projek rompakan IJN ini dibicangkan di parlimen. Pasti perancangan rompakan ini telah lama berjalan secara senyap-senyap. Secara sulit pasti ada 'deal' yang telah dibuat. Kenapa projek rompakan ini tidak diberitahu secara telus kepada wakil rakyat di parlimen? Kenapa dengan tiba-tiba Najib besetuju? Mana dia dasar ketelusan yang selalu di warwarkan oleh gerombolan United Malays National Organisation?
Semua rompakan penswastaan di buat dalam gelap. Hingga ke hari ini kita – orang ramai – masih belum dapat membaca perjanjian antara kerajaan dengan syarikat lebuh raya. Perjanjian syarikat ini telah dibuat dengan kerajaan. Ertinya perjanjian ini dibuat dengan kita semua. Kerajaan itu ialah orang ramai. Orang ramai ialah kita semua kerana kita yang melantik kerajaan. Kalau kita melantik kerajaan kenapa kita tidak boleh mengetahui apa yang di janjikan.
Justeru, dasar penswastaan ini wajib dihentikan. Dasar ini membawa mudarat kepada orang ramai. Tugas kerajaan bukan untuk mengkayakan kroni dan kaum kerabat. Tugas kerajaan yang berjiwa rakyat ialah mendahulukan kepentingan ramai dari kepentingan kroni dan anak bini. Tugas utama kerajaan ialah untuk memastikan rakyat terbanyak hidup selesa dengan pembahagian dan agihan ekonomi yang adil.
Rakyat wajib berwaspada dengan dasar penswastaan. Orang ramai perlu membuka mata dan berjaga-jaga kerana perompak-perompak harta orang ramai ini masih berkeliaran. Selagai mereka berkuasa rompakan harta rakyat akan berterusan. Untuk ini kita tidak ada pilihan –hentikan dasar ini dan mereka kita nyahkan dari tampok kuasa.
written by 4country, December 24, 2008 12:22:43
Saya terasa amat gembira akan paparan Artikal ini.
Sebelum ini saya ingat tiada ramai tahu akan Konsep penswastaan di Malaysia telah disalahgunakan oleh Buaya Tunggak Malaysia.
Insyaallah..........artikal ini telah memberi harapan kepada saya bahawa Fikiran Orang Malaysia semakin matang!
Pernahkah Rakyat Malaysia berfikir "Mengapa Badan Utama Negara diswastakan?"
Masih segar dalam ingatan saya, Mahathir memberi alasan bahawa Badan-badan tersebut mengalami kerugian, maka harus diswastakan supaya Malaysia tidak mengalami kerugian.ADAKAH ini BENAR?
Sekarang, marilah kita Memforensikkan hakikat ini satu demi satu.
Pertama, Andaikan kita seorang peniaga mentah, Apakah perniagaan kita akan ceburi supaya mendapat keuntungan?
Jawapannya tidak jauh berbeza, iaitu kalau boleh, Jenis perniagan yang terpilih
mesti saya seorang Pemilik Skill disamping itu hasil kerjaya mendapat sambutan semua lapisan masyarakat secara terpaksa.
Baik, sekarang kita tinjau balik, TNB, salah satu badan yang telah diswastakan.
TNB diswastakan kerana kerugian?????
Alasan demikian telah lama memperbodohkan Rakyat Malaysia.
Semua Rakyat terpaksa menggunakan elektrik, bagaimana kerugian berlaku????
Kerugian berlaku disebabkan kakitangan berlebihan????
Kerugian disebabkan Silap membuat "Investment"???????
Cuba kita bayangkan bagaimana kerugian berlaku??????????
Adalah mustahil TNB mengalami kerugian!
Apakah sebenarnya cerita ini?????
Sebenarnya TNB susah mengalami kerugian.
Tujuan penswastaan BADAN UTAMA kerajaan kerana "Segala keuntungan Negara susah nak sampai ke saku para politik yang berkuasa, pengambilan wang terus dari badan tersebut rumit.Kalau TERambil wang, bekas/bukti akan tercatat."
maka,
Masa untuk memberi alasan dah tiba ......................
KERUGIAN - sebagai alasan
Apabila TNB diswastakan begitu lama, kerugian tetap berlaku sehingga rakyat Malaysia dipaksa menikmati "kadar lonjatan".Mengapa TNB tidak boleh mengumum Keuntungan????
Kerugian berterusan Untuk menunjukkan Orang Berkuasa betul ramalan atau terus menghisap titik peluh rakyat?Kalau TNB terus gagal menangani kerugian, mengapa rakyat masih memilih perlu percaya kepada kerajaan yang tidak berwibawa atau kerajaan yang terencat akal?????
Fikirkanlah Rakyat Malaysia.............
Huraian atas dah jelas memberi kita tahu akan siapa hantu siapa tuhan.
Kalau dah insaf, TUMbangkan Buaya Malaysia di kuala Terengganu!
Sakali lagi memberi tamparan kepada mereka bahawa Rakyat Malaysia dah insaf!!!!