Mangsa yang kini berusia 15 tahun mengakui dirinya turut bersalah dan dia sudah memaafkan lelaki itu, justeru dia meminta hakim memberi hukuman ringan kepada tertuduh.
FMT
PETALING JAYA: Seorang mangsa yang dicabul bapa saudaranya bertindak menulis surat kepada hakim merayu tertuduh dijatuhkan hukuman ringan.
Dalam surat itu, mangsa yang kini berusia 15 tahun mengakui dirinya turut bersalah dan dia sudah memaafkan lelaki itu, justeru dia meminta hakim memberi hukuman ringan kepada tertuduh.
China Press melaporkan, tertuduh yang kini berusia 22 tahun itu mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan, termasuk melakukan serangan seksual terhadap anak saudaranya mulai 2011 hingga Januari 2015.
Menurut fakta kes, tertuduh yang berkongsi bilik dengan anak saudara lelaki dan perempuan serta kakaknya pada 2011, bertindak mengambil kesempatan ketika anak saudaranya sedang tidur nyenyak dengan menyentuh bahagian sulit mangsa sebelum mencabulnya.
Mangsa yang ketika itu berusia 10 tahun bagaimanapun tidak menolak mahupun mendedahkan perbuatan bapa saudaranya dan tertuduh kembali mencabul mangsa sebanyak dua kali lagi pada Januari 2015.
Perkara itu hanya terdedah ketika gadis itu mendapatkan khidmat nasihat kaunselor mengenai masalah cinta.
Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 21 hingga 24 tahun kerana tertuduh menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan kakaknya, selain dia turut mempunyai teman wanita ketika itu dan aktif dalam seks.
Hakim menetapkan 22 Jun ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman.