Pengerusi HRP Negeri Sembilan S.Siva dan rombongannya ziarah seorang pelajar cemerlang yang memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia telah dinafikan peluang untuk menyambung Pelajarannya dalam bidang yang dicita- sitakannya sejak kecil lagi; iaitu bidang perubatan. Walaupun Negara kita kini kekurangan pakar perubatan, kerajaan memilih untuk tidak membenarkan Pelajar Cemerlang dari kalangan masyarakat India untuk mengambil bidang ini.
Gomalah a/p Ganeswaran yang berasal dari Bandar Seremban Selatan, 7km dari Bandar Seremban, berkata kegembiraan beliau yang ada pada waktu beliau mengambil keputusan SPM kini sudah hancur kecai dan sudah menjadi sesuatu yang mendukacitakan apabila mengetahui bahawa pelajar Melayu lain dari sekolah beliau yang mendapat 4 atau 5 A sahaja telah diberi peluang untuk belajar di Kolej – kolej Matrikulasi di serata Negara.
Gomalah juga dengan sedih memberitahu bahawa semua kawannya yang dari masyarakat India mengalami nasib yang sama dengan beliau, iaitu diminta untuk belajar di Tingakatan 6, yang mana peperiksaannya dikatakan ketiga tersusah di dunia. Beliau ternyata gelisah dan resah dengan masa hadapannya kerana, selepas keluar STPM, dia masih kena bersaing dengan pelajar Melayu yang lain dari Matrikulasi yang mana peperiksaannya jauh lebih senang.
Apabila menghubungi seorang guru dari sekolah Gomalah, guru itu mengesahkan bahawa Gomalah seorang pelajar yang cekal dan kuat berusaha untuk mencapai cita-citanya iaitu menjadi seorang doctor. Bapa Gomalah, Ganeswaran seorang duda, sambil mengesat air mata menyatakan beliau bersusah payah selama ini untuk melihat anaknya Berjaya dalam akedemi jesteru itu menjadi doctor perubatan. Tapi kini takut akan kehilangan semua impian itu akibat sikap rasis kerajaan UMNO.
Mathavan Velayutham
HRP Negeri Sembilan