DARI SERONOK JADI MARAH
Sudah tentu tajuk di atas
menggembirakan pihak yang menyokong pembangkang. Keseronokan ini akan
berubah apabila dikatakan majoriti orang Melayu yang mahukan perubahan
ialah mereka yang tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan
Selangor. Marah pula nampaknya yang tadi kelihatan seronok.
PERUBAHAN YANG BERLAKU
Perubahan yang dikehendaki oleh
orang-orang Melayu, malahan yang bukan Melayu juga, bermula setelah
kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke 11 pada tahun 2004.
Prestasi kerajaan sejak kemenangan itu begitu meleset sehingga pengundi,
termasuk ahli-ahli UMNO menunjukkan protes mereka menyebabkan
kemelesetan prestasi BN dalam PRU ke 12 pada tahun 2008 apabila BN kalah
di lima buah negeri dan banyak kerusi Parlimen dalam Wilayah
Persekutuan dimenangi oleh pembangkang.
Sekitar setahun setelah memenangi
dengan tipis PRU ke 12 ahli-ahli UMNO telah menyedarkan pemimpin
tertinggi parti bahawa negara memerlukan perubahan di peringkat pucuk
pimpinan kerajaan pusat. Maka berubahlah pucuk pimpinan kerajaan dengan
bergantinya Perdana Menteri.
ALASAN MELESET PRESTASI
Penganalisa pihak dalaman parti UMNO
mengetahui bahawa perubahan yang berlaku dalam PRU ke 12 ialah atas
kehendak orang-orang Melayu sendiri, kerana melesetnya prestasi
kerajaan. Pihak penganalisa yang pro Pakatan Rakyat pula ingin percaya
bahawa pengundi menyokong dan menyetujui dengan program mereka, walau
pun pemimpin mereka mengetahui sebab yang sebenarnya.
PERINGKAT AWAL PERUBAHAN
Di peringkat awal kerajaan pimpinan
Dato' Seri Najib kelihatan seolah-olah programnya adalah tindakbalas ke
atas janji-janji PR. Ejen-ejen PR telah berjaya menanamkan bibit sebab
kegagalan dalam PRU ke 12 sebagai berpunca dari Dasar Ekonomi Baru.
Bibit ini telah bermula subur apabila Model Ekonomi Baru diperkenalkan
sebagai alternatif dan bukan lanjutan kepada hasrat dan cita-cita DEB.
Lebih-lebih lagi apabila timbul dakwaan bahawa ada di antara ahli
penggubal MEB ini tidak fasih di dalam Bahasa Melayu.
Oleh kerana perasaan takut banyak
pemimpin Melayu, dari berbagai sektor, atas kemungkinan terkorbannya
kepentingan Melayu dalam pembangunan negara maka rata-rata kita merasa
gelisah sehingga NGO-NGO Melayu telah bersatu untuk menubuhkan MPM atau
Majlis Perundingan Melayu. Oleh kerana MPM merupakan NGO yang
non-politik maka PERKASA di bawah pimpinan aktivis Dato' Ibrahim Ali
telah bergerak dengan agenda politik pro-Melayu yang jelas dan lantang.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan PENAWAR ( dulu Pakku ) juga
telah mengadakan kongres, konvensyen dan seminar untuk meleraikan
kegelisahan yang timbul di hati para peserta.
BERWAWASAN, TERSENDIRI DAN ORIGINAL
Setelah beberapa bulan berlalu jelas
kelihatan, dengan terserlah, bahwa program kerajaan BN di bawah
pimpinan Dato' Seri Najib adalah berwawasan, tersendiri dan original.
Begitu berkesan kegiatan Perdana Menteri sehingga seorang penulis
chauvinis bernama Kee Thuan Chye telah mencetak buku keduanya yang
bertajuk 'Ask for No Bullshit, Get Some More!'. Buku pertamanya ialah
'No More Bullshit, Please, We're Malaysian'. Bagi beliau menolong Melayu
untuk mengimbangi dengan bukan Melayu dalam bidang ekonomi ialah
'Bullshit' dan kerajaan kini nampaknya telah menghidupkan semula
semangat DEB dengan pendekatan yang baru.
Yang paling ditakuti oleh pengarang yang merasa dirinya terpandai ialah sokongan Melayu yang sudah kembali kepada kerajaan.
SIKAP GOLONGAN SINIS
Rancangan BR1M adalah sesuatu yang sangat berkesan bagi masyarakat yang
memerlukan. Bagi mereka yang lumayan pendapatannya pemberian kerajaan
ini dianggap tidak betul, tetapi mereka ambil juga duit itu.
Pemberian wang tunai adalah relevan dan ianya lebih relevan bagi orang
berpendapatan rendah dari membina jalan baru, kerana dengan
wang tersebut seseorang itu boleh membeli apa yang diperlukan dan
diminati, dikehendaki atau diperlukan.
Di waktu saya kecil di bangku sekolah rendah saya sering ke Pulau Pinang
untuk beristirehat di rumah keluarga saya yang agak berada di musim
cuti sekolah. Setiap kali saya ke Penang saya dibawa ke kedai kasut Bata
di tepi Farmasi Tong Aik di Penang Road untuk membeli kasut kulit
kerana emak saudara saya memikirkan saya perlu hidup lebih mewah dan
belajar pakai kasut kulit.
Bila saya balik ke Yan kasut itu saya jual kerana saya lebih selesa
dengan kasut getah dan kasut kulit pula tidak pernah dipakai oleh
kanak-kanak sekolah.
Jika emak saudara saya memberi RM30-00 kepada saya ianya pasti lebih
berharga daripada kasut kulit RM85-00 kerana saya boleh beli apa yang
saya perlukan dengan RM30-00 seperti pensil dan kasut getah. Inilah BR1M
bagi saya.
Baru-baru ini saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan rapat
saya menyatakan seorang pemandu teksi, yang teksinya dinaiki beliau,
telah mengatakan bahawa semua pemberian lesen oleh kerajaan kepada
pemandu teksi ialah disebabkan adanya tokoh pembangkang. Mereka lupa
bahawa di waktu ketua pembangkang menjadi Menteri Kewangan beliau tidak
pernah terfikir untuk memberi bantuan sebegini.
JANJI
Negeri-negeri di bawah pemerintahan
Pakatan Rakyat pula jelas tidak mampu melaksanakan janji-janji yang
mereka ketengahkan dalam pilihanraya. Protes ke atas kerajaan negeri
Kedah (dengan balaknya), Pulau Pinang (dengan perumahannya), Selangor
(dengan airnya) dan Kelantan (dengan tanahnya) datangnya dari rakyat
negeri itu sendiri termasuk ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak
lagi mempercayai janji-janji pemimpin mereka.
Slogan ' Janji Ditepati ' yang diketengahkan oleh BN adalah garis pemisah antara BN dan Pakatan Rakyat yang memungkiri janji
PAKATAN YANG TIDAK SEPAKAT
Oleh kerana Pakatan Rakyat hanya
satu pakatan, seperti kanak-kanak sekolah berpakat, dan tanpa janji
dalam dasar yang konkrit, maka perubahan dasar berlaku dalam parti yang
kononnya sepakatan tetapi sebenarnya berdiri sendiri. Pendirian yang
jelas hanya pada DAP sebagai pembangkang, walau pun pemimpin mereka
berkelahi sesama sendiri. PAS pula terpaksa tunduk kepada tekanan DAP
bukan saja sampai mengambil tindakan yang memalu dan memesongkan,
kerana terpaksa merubah dasar dari matlamat mewujudkan sebuah negara
Islam kepada mewujudkan sebuah negara kebajikan tetapi terpaksa akur
kepada DAP sehingga membolehkan penggunaan nama Allah untuk semua ugama
walau pun bertentangan dengan pendirian Dewan Ulamanya sendiri.
Sudah tentu apabila pemimpin PAS
terpaksa merobah pendirian pihak DAP mengetahui bahawa kompromi ini
boleh diterima kerana jika impian mereka untuk memerintah berhasil
maka Kabinet Pakatan Rakyat akan membolehkan penggunaan nama Allah oleh
semua ugama kerana Dewan Ulama tidak ada dalam kabinet yang membuat
keputusan itu. Pada waktu itu sebarang protes oleh Dewan Ulama tidak
berguna lagi kerana kuasa yang sudah diperolehi sudah memperkuatkan
pendirian 'kafir kharbi' itu dan boleh bertahan sehingga PRU ke 14. Pada
waktu itu semuanya sudah terlambat.
Antara perubahan yang dijangka berlaku ialah di Kelantan. Di bawah ini
diperturunkan sebuah karangan oleh bekas Timbalan Menteri yang pernah
menjadi Setiausaha Khas kepada Tun Abdul Razak. Beliau adalah seorang
tokoh yang perndapatnya perlu diberi perhatian. Beliau ialah Tan Sri
Abdullah Ahmad dan karangan ini telah disiarkan dalam akhbar Sinar
Harian pada 6 Februari, 2013. Begini huraiannya:
TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Suka duka, PRU-13 mengulangi sejarah politik sebelum
peristiwa Mei 13, 1969: parti perkauman, pelampau Cina DAP secara solo cuba
menggulingkan kerajaan perikatan Melayu, Cina dan India.
Sekarang, DAP bersekutu, berpakat seperti 2008, dengan Pas
dan PKR mengepalai Pakatan mencuba bagi kali ketiga untuk menewaskan kerajaan
pribumi, Cina dan India.
DAP sudah bijak, sedar Malaysia dapat dikuasainya hanya
melalui proksi Melayu-Islam mereka. DAP akhirnya menerima hakikat Perdana
Menteri mesti Melayu-Islam.
DAP, ikut tradisi konglomerat Cina dan antarabangsa,
menerima pelantikan Melayu-Islam sebagai pengerusi tetapi kuasa mutlak tetap
berada di tangan mereka.
Ramalan interim saya, BN menang dengan majoriti selesa. Apa
pun performance dan kemenangan Umno kali ini lebih baik dan lebih besar.
Walaupun matahari kembali menyinari Najib Tun Razak, kerajaan Umno dan BN,
janganlah pula burung terbang dipipiskan lada.
Sudah kelihatan keyakinan Umno makin meningkat, seorang dua
pemimpinnya terlalu optimis, menelah, mencongak BN akan menang 2/3.
Selepas tsunami politik 2008 kerajaan dan Umno di bawah
kepimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak kelihatan telah pulih dan kini
menikmati cahaya matahari; lebih segar.
Seperti kata Speaking, “It (Umno) is enjoying some patches
of sunshine”. Najib bisa melihat ke hadapan dengan lebih yakin lagi. Namun
cuaca di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang terus mendung; cuaca di Kedah
cerah sedikit. Perak menjadi rebutan sengit.
Di lain negeri Umno/BN diduga terus memerintah.
Secara kebetulan dua kali saya balik ke Kelantan, Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berada di sana, dan hinggap di hotel yang
sama walaupun kami tidak terserempak.
Hanya saya nampak permaidani merah terbentang dari pintu
masuk ke lif; di lobi hotel dan di luar hotel sesak dengan pelobi, penyokong
dan ahli Umno, busybodies - majoriti berpakaian kemeja merah dan wanitanya
blaus putih. Mereka ke hulu ke hilir atau duduk berkumpulan, berbisik antara
satu sama lain.
Nampaknya, gembira bukan kepalang, menunggu pemimpin
tertinggi mereka; ada cium tangan, ada menghulur sampul surat – memohon atau
membuat petition!
Kerusi Parlimen 222, kawasan majoriti absolut Cina hanya 50
sahaja, bakinya adalah kawasan peribumi dan kawasan campuran. Medan pertempuran
sengit bertumpu dalam 172 kawasan ini.
Dalam kawasan absolut majoriti Cina, DAP diduga menang mudah tetapi belum tentu
lagi kerana orang Cina selalunya praktikal.
Mereka mungkin memberi DAP 30 hingga 40 kerusi, bakinya
untuk calon Cina dari parti komponen BN. Takdirnya DAP sapu semua, itu satu
tanda “konfrontasi” macam Indonesia-Malaysia pada 1963 bermula. Akhirnya
Sukarno digulingkan oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia yang diketuai
Jeneral Suharto.
Pas, PKR mengepalai pertempuran di medan peribumi-Islam ini.
Mereka berhasrat merampas minimum separuh kerusi itu, yakni 86. Lebih dari
jumlah kerusi ketiga-tiga parti kini ada dalam Parlimen ke -12. Saya rasa berdasarkan
laporan terkini, Pakatan tidak akan berjaya; andainya mereka sukses (40 + 86)
mereka menang dengan kelebihan 30 kerusi! Kalau percaya propaganda Pakatan,
perang sarafnya mereka akan TKOkan BN di federal dan negeri.
Jelas dapat dilihat dari lounge dan ruang santapan pagi
Hotel Renaissance, Kota Baru gambar berwarna Najib dan bakal calon BN kawasan
Parlimen Kota Baru Fahmi Salleh; senyum lebar terpapar di billboard dekat pintu
masuk sekolah bercaption, “Tolong saya agar saya dapat membantu anda”, kurang
lebih begitulah. Poster dan billboard serupa itu juga kelihatan di merata
kawasan Kota Baru sudah berbulan-bulan lamanya. Mula-mula kelihatan bulan Jun
tahun lepas. Nampaknya, poster dan billboard itu sudah pudar sedikit, tukarlah
dengan poster dan billboard baru; kan dana banyak, sponsor pun ramai.
Di Tanah Merah dan Pasir Mas perang poster BN dan Pas
(jarang kelihatan poster atau bendera PKR) telah bermula. Di Ketereh, Machang
dan Pengkalan Chepa, perang iklan baru saja bermula. Saya belum lagi lihat
pintu gerbang Pas atau BN tetapi pos kedua-dua parti ada di beberapa tempat.
Orang politik di Kelantan sudah demam kerana tidak sabar
lagi menunggu PRU-13. Di Kelantan, pilihan raya adalah satu pesta, bukan saja
menunaikan tugas sivik tetapi juga satu musim untuk bersosial dan berinteraksi
secara bebas!
Pencabar Tok Guru Nik Aziz adalah menteri semenjak 1990an
lagi, Mustapa Mohamed, menteri Kelantan paling lama bertahan. Mustapa dan Tok
Guru kedua-duanya lemah lembut. Mustapa lebih muda. Saya kagum dengan Tok Guru,
walaupun sudah berusia lapan dekad, inilah komen Speaking, “Tok Guru is 80
years old plus and he has spent the last 23 years working with, and competing
against people who are generally much younger than him and he has beaten them
all – walaupun Tok Guru sudah tua, dia telah menewaskan semua yang lebih muda
darinya”.
Mustapa janganlah pandang ke belakang lagi, pandang ke
depan, “onward and upward”. Janganlah terlampau gemar keluar negeri lagi.
Berhentilah “makan angin”, duduklah di Kelantan kalau serius mahu ke depan,
kalau mahu mendaki gunung politik yang lebih tinggi lagi.
ASAL JANGAN AGAH INSYA ALLAH BOLEH MENANG
Jika saya perlu tambah kepada pandangan Tan Sri Abdullah Ahmad ini
ialah untuk menasihati supaya pemimpin, khususnya 'winnable canndidate'
di Kelantan hendaklah tidak agah.
BAHAYA MEMILIH PEMIMPIN YANG SALAH
Dalam persiapan menunggu PRU ke 13 banyaklah
pemimpin-pemimpin dari semua parti berkempen untuk memenangkan calon
mereka. Bagi parti DAP calon di kawasan yang besar peluang mendapat
kemenangan pasti diletakkan calon dari kalangan keluarga pemimpin atau
yang sama 'kharbi'nya dengan pemimpin mereka. Bagi PAS juga begitu;
kalau yang Islam hendaklah yang tidak menyeru kepada perpaduan ummat
Islam dan yang sudi menukar perjuangan dari menegakkan hukum hudud dan
negara Islam kepada menegakkan negara kebajikan untuk menjayakan program
seperti yang dilaksanakan oleh kementerian kebajikan masyarakat di satu
masa dulu. PKR pula, yang banyak pemimpinnya pernah menjadi ahli dan
pemimpin UMNO, mereka terima siapa saja yang ingin menentang UMNO,
tetapi yang dirasakan tipis menang akan diperuntukkan kawasan yang
50/50. Bagi PKR pemikiran politik yang bertanding tidak dianggap perlu
kerana yang dibenarkan berfikir hanyalah ketuanya.
Cara berkempen pula terserah kepada kepada kepakaran calon sendiri. Asal
dapat memburukkan pihak UMNO dan BN kebenaran fakta tidak perlu
difikirkan. Cari saja pegawai kerajaan, tentera dan polis yang kecewa
waktu memegang jawatan supaya mereka dapat membalas dendamnya melalui
saluran politik.
Pengundi hendaklah tidak lupa bahawa masa depan negara banyak bergantung
pada barisan pemimpin kerajaan setelah selesai pilihanraya. Yang banyak
berkempen tetapi tidak berperanan dalam pimpinan kerajaan tidak lagi
berkuasa apabila selesai pilihanraya, kecualilah jika pemimpin itu
didukung oleh struktur parti yang menyeluruh dan berfungsi.
Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Hadi Awang
dan Mat Sabu akan mempengaruhi lebih dari 90% dari keputusan kerajaan.
Mereka tidak ada ikatan yang jelas dari segi dasar perjuangan seperti
yang ada pada Barisan Nasional. Yang jelas ialah ranting, cabang dan
cawangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak bergungsi kerana barisan
pimpinannya ditentukan oleh pemimpin belaka.
Bagaimana dengan hudud, negara Islam, Islam, Bahasa Melayu, Hak Melayu,
demokrasi, LGBT, Pluralisma, Liberalisma, sikap terhadap Israel dan
ancaman kepada Palestin dan lain-lain. Apakah yang boleh dibuat oleh
Dewan Ulama Pas apabila kabinet pakatan membenarkan penggunakaan Allah
oleh semua ugama. Berdemonstrasi? Pemimpin pakatan lebih pakar dalam
mengendalinya.
Sedangkan bagi rakyat di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional
mempunyai UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB dan lain-lain dengan pemimpin dan
ahli yang ramai dalam cawangan dan bahagian masing-masing. Di samping
itu ada juga Majlis Perundingan Melayu, Perkasa dan lain-lain NGO yang
menyokong tetapi terus mengkritik kerajaan secara lantang apabila perlu.
Kita lihat bagaimana pemimpin BN yang didapati tidak berkemampuan telah
berjaya diturunkan setelah mencapai kemenangan dalam Pilihanraya ke 12.
Jika ahli-ahli UMNO dan NGO di semua peringkat tidak hilang taringnya
selepas BN memenangi pilihanraya sudah pasti rakyat berbilang kaum akan
mempunyai peranan untuk membimbing kerajaan mereka.
Kita lihat sahaja bagaimana Perdana Menteri Najib telah memperkenalkan
berbagai program khususnya program transformasi sebagai usaha untuk
memenuhi kehendak rakyat. BR1M juga adalah akibat tuntutan rakyat.
Tetapi rakyat tidak mahu usaha membela Israel sementara rakyat Palestin
tertindas, rakyat tidak mahu kebebasan seks LGBT, rakyat tidak mahu
Pluralisma agama yang menyamakan Islam dengan semua ugama lain, rakyat
tidak mahu Liberalisma yang membolehkan saja apa yang dituntut oleh
nafsu, rakyat tidak mahu hanya kebajikan tetapi ulama yang ikhlas dengan
perjuangan, rakyat tidak mahukan huru-hara jika jurang perbezaan
ekonomi antara kaum melebar tanpa sebarang program yang memberi harapan
ke arah perbezaan yang lebih adil.
DIPECAT OLEH
PERDANA MENTERI YANG PALING MENGASIHINYA
Anwar Ibrahim tidak keluar dari UMNO; tetapi ianya dipecat oleh Perdana
Menteri dari menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana moralnya, dan
pemecatan ini ialah dalam bidang kuasa Perdana Menteri sepertimana
Tengku Abdul Rahman memecat menterinya yang popular Abdul Aziz Ishak
kerana pendekatannya terhadap industri baja yang tidak disetujui oleh
Perdana Menteri di waktu itu. Waktu dipecat dari Kabinet Anwar masih
menjadi ahli UMNO. Tetapi, apabila beliau berusaha menggerakkan UMNO ke
dalam masalahnya maka Majlis Tertinggi UMNO, dan bukan Perdana Menteri,
telah memecat beliau setelah beliau diberi peluang membela diri dalam
majlis mesyuarat. Pada waktu itu Anwar tidak dipenjarakan. Hanya setelah
berlaku huru-hara jalanan maka barulah Anwar ditangkap dan dipenjarakan
di bawah ISA. Beliau tidak didakwa di mahkamah untuk menjaga maruahnya
dan kesilapannya tidak menjadi pengetahuan umum. Dakwaan di mahkamah
hanya dilakukan apabila kawannya di waktu itu, Nallakaruppan, yang juga
ditahan di bawah ISA telah membuat affidavit yang mengaitkan Anwar
sehingga beliau juga terpaksa dibawa ke pengadilan sebagaimana juga
Nallakaruppan. Anwar bernasib baik kerana ada Karpal Singh yang pandai
membelanya. Tun Daim lebih mengetahui mengenai prestasi Anwar dalam
jawatan-jawatan yang dipegangnya. Yang perlu ditanya bukan prestasinya
tetapi sebab dianya dipecat.
PILIHLAH DENGAN BIJAK
Rakyat Malaysia hendaklah bijak memilih. Ratusan ribu rakyat Amerika,
Palestin, Iraq dan Afghanistan telah terbunuh kerana rakyat Amerika
Syarikat telah salah memilih Presiden mereka. Di bawah ini diturunkan
satu perikan dari website:
Kandungannya
ialah sepucuk surat dari seorang bekas anggota tentera Amerika Syarikat
kepada pemimpinnya, sebelum dia meninggal dunia.
The Last Letter - A Message to George W. Bush and Dick Cheney
From a Dying Veteran
To: George W. Bush and Dick Cheney
From: Tomas Young
I write this letter on the 10th anniversary of
the Iraq War on behalf of my fellow Iraq War veterans. I write this letter on
behalf of the 4,488 soldiers and Marines who died in Iraq. I write this letter
on behalf of the hundreds of thousands of veterans who have been wounded and on
behalf of those whose wounds, physical and psychological, have destroyed their
lives. I am one of those gravely wounded. I was paralyzed in an insurgent
ambush in 2004 in Sadr City. My life is coming to an end. I am living under
hospice care.
I write this letter on behalf of husbands and
wives who have lost spouses, on behalf of children who have lost a parent, on
behalf of the fathers and mothers who have lost sons and daughters and on
behalf of those who care for the many thousands of my fellow veterans who have
brain injuries. I write this letter on behalf of those veterans whose trauma
and self-revulsion for what they have witnessed, endured and done in Iraq have
led to suicide and on behalf of the active-duty soldiers and Marines who
commit, on average, a suicide a day. I write this letter on behalf of the some
1 million Iraqi dead and on behalf of the countless Iraqi wounded. I write this
letter on behalf of us all—the human detritus your war has left behind, those
who will spend their lives in unending pain and grief.
I write this letter, my last letter, to you,
Mr. Bush and Mr. Cheney. I write not because I think you grasp the terrible
human and moral consequences of your lies, manipulation and thirst for wealth
and power. I write this letter because, before my own death, I want to make it
clear that I, and hundreds of thousands of my fellow veterans, along with
millions of my fellow citizens, along with hundreds of millions more in Iraq
and the Middle East, know fully who you are and what you have done. You may evade
justice but in our eyes you are each guilty of egregious war crimes, of plunder
and, finally, of murder, including the murder of thousands of young
Americans—my fellow veterans—whose future you stole.
Your positions of authority, your millions of
dollars of personal wealth, your public relations consultants, your privilege
and your power cannot mask the hollowness of your character. You sent us to
fight and die in Iraq after you, Mr. Cheney, dodged the draft in Vietnam, and
you, Mr. Bush, went AWOL from your National Guard unit. Your cowardice and
selfishness were established decades ago. You were not willing to risk
yourselves for our nation but you sent hundreds of thousands of young men and
women to be sacrificed in a senseless war with no more thought than it takes to
put out the garbage.
I joined the Army two days after the 9/11
attacks. I joined the Army because our country had been attacked. I wanted to
strike back at those who had killed some 3,000 of my fellow citizens. I did not
join the Army to go to Iraq, a country that had no part in the September 2001
attacks and did not pose a threat to its neighbors, much less to the United
States. I did not join the Army to “liberate” Iraqis or to shut down mythical
weapons-of-mass-destruction facilities or to implant what you cynically called
“democracy” in Baghdad and the Middle East. I did not join the Army to rebuild
Iraq, which at the time you told us could be paid for by Iraq’s oil revenues.
Instead, this war has cost the United States over $3 trillion. I especially did
not join the Army to carry out pre-emptive war. Pre-emptive war is illegal
under international law. And as a soldier in Iraq I was, I now know, abetting
your idiocy and your crimes. The Iraq War is the largest strategic blunder in U.S.
history. It obliterated the balance of power in the Middle East. It installed a
corrupt and brutal pro-Iranian government in Baghdad, one cemented in power
through the use of torture, death squads and terror. And it has left Iran as
the dominant force in the region. On every level—moral, strategic, military and
economic—Iraq was a failure. And it was you, Mr. Bush and Mr. Cheney, who
started this war. It is you who should pay the consequences.
I would not be writing this letter if I had
been wounded fighting in Afghanistan against those forces that carried out the
attacks of 9/11. Had I been wounded there I would still be miserable because of
my physical deterioration and imminent death, but I would at least have the
comfort of knowing that my injuries were a consequence of my own decision to
defend the country I love. I would not have to lie in my bed, my body filled
with painkillers, my life ebbing away, and deal with the fact that hundreds of
thousands of human beings, including children, including myself, were
sacrificed by you for little more than the greed of oil companies, for your
alliance with the oil sheiks in Saudi Arabia, and your insane visions of
empire.
I have, like many other disabled veterans,
suffered from the inadequate and often inept care provided by the Veterans
Administration. I have, like many other disabled veterans, come to realize that
our mental and physical wounds are of no interest to you, perhaps of no interest
to any politician. We were used. We were betrayed. And we have been abandoned.
You, Mr. Bush, make much pretense of being a Christian. But isn’t lying a sin?
Isn’t murder a sin? Aren’t theft and selfish ambition sins? I am not a
Christian. But I believe in the Christian ideal. I believe that what you do to
the least of your brothers you finally do to yourself, to your own soul.
My day of reckoning is upon me. Yours will
come. I hope you will be put on trial. But mostly I hope, for your sakes, that
you find the moral courage to face what you have done to me and to many, many
others who deserved to live. I hope that before your time on earth ends, as
mine is now ending, you will find the strength of character to stand before the
American public and the world, and in particular the Iraqi people, and beg for
forgiveness.
INILAH YANG DIKATAKAN MENYESAL DAHULU KEDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN APA GUNANYA.
SESAT DI HUJUNG JALAN BALIKLAH KE PANGKAL JALAN.
PILIHLAH DENGAN BIJAK DALAM PRU 13. PILIHLAH BARISAN NASIONAL.