–Kenyataan Media–
Kenyataan Dato’ Seri Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II yang disiarkan oleh
The Sun[1] disambut baik oleh Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.
Ia mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius segala
cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat.
Ini membayangkan juga bahawa keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat dan
kemampuannya merancang ekonomi negara turut dihormati dan digeruni oleh
Barisan Nasional.
Oleh sebab itulah, sepanjang bermulanya persidangan Parlimen sesi
ini, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional lebih gemar menghabiskan masa
yang diperuntukkan membahaskan
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013. Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri.
Tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Dato’ Seri
Husni Hanadzlah sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan
jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi
menjawab cadangan dasar yang dibuat Pakatan Rakyat, seperti yang
dibacakan oleh beliau semalam.
Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan
bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada
cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salahguna kuasa berbentuk
partisan, memandangkan perkara-perkara berikut:
1.
Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat tidak
diberikan akses sama sekali kepada semua data, angka dan statistik yang
diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran yang membolehkan kami
berdepan dengan pukulan curi seperti yang dibuat oleh Dato’ Seri Husni
hanadzlah
2.
Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat hanya dianggotai oleh 12 orang dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan yang kecil berbanding keseluruhan jentera kerajaan
3. Jabatan dan jentera kerajaan seperti pegawai-pegawai
Perbendaharaan tidaklah boleh diarah untuk menjadi kakitangan parti
pemerintah seperti Umno dalam menjawab cadangan-cadangan dasar. Tugas
itu wajiblah dipikul oleh kakitangan ibupejabat Umno sendiri, seperti
yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat
Oleh yang demikian, untuk merancakkan lagi amalan demokrasi di negara ini, kami mengesyorkan supaya sebuah
Pejabat Belanjawan Parlimenyang
bebas dan tidak berpihak ditubuhkan. Pejabat ini bertanggungjawab
menyediakan analisis perbelanjaan/belanjawan dan maklumat ekonomi kepada
ahli-ahli parlimen secara objektif supaya perbahasan dasar dan
keputusan kewangan boleh dibuat secara telus, bebas dan tepat.
Pun begitu, analisa yang dibuat oleh Perbendaharaan dan digunakan
oleh Dato’ Seri Husni Hanadzlah sebagai bidasan ternyata memakan diri
sendiri kerana ia mengesahkan bahawa anggaran kos yang digunakan oleh
Pakatan Rakyat bagi membiayai program-program ekonominya adalah tepat.
Angka-angka anggaran kos bagi program-program Pakatan Rakyat seperti
yang diumumkan Perbendaharaan adalah hampir sama dengan angka-angka
anggaran yang digunakan Pakatan Rakyat selama ini. Malah, angka-angka
terbaru mengikut analisa Perbendaharaan dan digunakan oleh Dato’ Seri
Husni Hanadzlah adalah jauh berbeza dengan pelbagai angka yang digunakan
oleh Barisan Nasional sebelum ini.
Kami merumuskan perbandingan kos ini di dalam
Jadual 1 seperti berikut:
PROGRAM PAKATAN RAKYAT
|
ANGGARAN PR (RM bilion)
|
ANGGARAN PERBENDAHARAAN[2] (RM bilion)
|
|
Menghapuskan tol |
6.0
|
6.0
|
50.0
|
Kos menyediakan pendidikan percuma |
4.0
|
5.0
|
18.5
|
Kos menghapuskan hutang PTPTN |
2.0
|
Tidak diperincikan, tetapi RM30b boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun pada kos RM2b setahun
|
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100 |
2.0
|
4.4
|
Tidak dinyatakan
|
Caruman Wanita Nasional |
3.0
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
|
Tidak dinyatakan
|
Bonus Warga Emas |
3.0
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
|
Tidak dinyatakan
|
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak |
12.5
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
|
12.5
|
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta |
2.0
|
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
|
8.0
|
Jadual 1: Perbandingan anggaran kos tahunan program-program Pakatan Rakyat
Mengambil kira bahawa Perbendaharaan telah diarahkan supaya mengkaji
cadangan dasar Pakatan Rakyat dan setiap anggaran kos dengan teliti,
angka-angka yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan menunjukkan bahawa ia
(Perbendaharaan) bersetuju dengan anggaran kos yang dibuat oleh Pakatan
Rakyat selama ini. Malah, ia juga membuktikan bahawa segala angka yang
digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional selama ini adalah tidak tepat
dan cubaan menakut-nakutkan rakyat semata-mata.
Jawapan kami kepada persoalan-persoalan khusus yang ditimbulkan oleh Dato’ Seri Husni Hanadzlah adalah seperti berikut:
1. Peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan
Pakatan Rakyat telah menjelaskan bahawa kenaikan peruntukan gaji
kakitangan awam sebanyak RM4 bilion atau purata 8% adalah mencukupi bagi
menampung kenaikan gaji semua kakitangan awam, dengan syarat peruntukan
bagi gaji ditambah dan peruntukan bagi faedah-faedah bukan kewangan
berjumlah RM1 bilion disemak semula untuk menjimatkan kos.
Pakatan Rakyat percaya bahawa kenaikan peruntukan sewajarnya
diagihkan terus dalam bentuk penggajian kepada kakitangan awam, bukannya
tenggelam di dalam kenaikan kos bukan gaji yang disembunyikan di dalam
angka besar.
Lagipun, rekod pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa tidak
ada seorang pun kakitangan awam yang terpaksa diberhentikan apabila
Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri Kelantan,
Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, bonus
tahunan yang dinikmati di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak
adalah lebih baik berbanding bonus persekutuan.
2.
Tiada peruntukan dibuat bagi dasar-dasar tertentu
Dato’ Seri Husni Hanadzlah menuduh kononnya tiada peruntukan dibuat
bagi membiayai pembatalan PTPTN, penghapusan tol, Bonus Warga Emas dan
pelaksanaan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam.
Sebenarnya, peruntukan sepenuhnya telah dibuat di dalam
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bagi program-program, seperti yang diperincikan di dalam
Jadual 2:
PROGRAM PAKATAN RAKYAT
|
ANGGARAN KOS (RM bilion)
|
Menghapuskan tol |
6.0
|
Kos menyediakan pendidikan percuma |
4.0
|
Kos menghapuskan hutang PTPTN |
2.0
|
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100 |
2.0
|
Caruman Wanita Nasional |
3.0
|
Bonus Warga Emas |
3.0
|
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak |
12.5
|
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta |
2.0
|
Suntikan dana perumahan rakyat melalui Perbadanan Perumahan Negara |
5.0
|
Elaun khas perguruan RM500 sebulan |
2.4
|
JUMLAH |
41.9
|
Jadual 2: Peruntukan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013
Peruntukan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa potensi penjimatan
dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dan kronisme adalah besar dan
mampu membiayai program-program tersebut.
Berdasarkan Belanjawan BN 2013, perbelanjaan-perbelanjaan berikut
adalah perbelanjaan berbentuk perolehan, agihan melalui sistem tidak
telus yang ditentukan oleh kerajaan atau pun caj hutang akibat keborosan
berhutang – yang berpotensi untuk dipotong atau dijimatkan melalui
pentadbiran yang telus:
JENIS PERBELANJAAN YANG DIKAWAL KERAJAAN SETIAP TAHUN
|
PERUNTUKAN (RM bilion)
|
Belanja Mengurus:
Perkhidmatan dan Bekalan |
33.7
|
Belanja Mengurus:
Pembelian aset |
1.1
|
Belanja Mengurus:
Caj Perkhidmatan Hutang |
22.2
|
Belanja Mengurus:
Subsidi dan Bayaran Tetap |
37.6
|
Belanja Mengurus:
Kos perolehan badan kerajaan melalui geran kerajaan |
7.0
|
Belanja Mengurus:
Lain-lain |
14.8
|
Belanja Pembangunan:
Projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain |
50.0
|
Perbelanjaan perolehan, kontrak dan pelaburan oleh PETRONAS dan syarikat-syarikat kerajaan |
50.0
|
JUMLAH |
216.4
|
Jadual 3: Perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan
Atas sasaran penjimatan 20% ke atas semua perbelanjaan tahunan yang
dikawal kerajaan persekutuan ini dengan menghapuskan pembaziran,
menghentikan ketirisan dan mencegah rasuah, Pakatan Rakyat percaya
potensi peruntukan yang boleh digunakan untuk membiayai program
pro-rakyat adalah RM43 bilion. Jumlah ini lebih tinggi dari kos untuk
menampung program-program Pakatan Rakyat yang dimasukkan di dalam
Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 iaitu RM41.9 bilion.
Lagipun, kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa
penjimatan 20% ke atas perbelanjaan kerajaan boleh dicapai. Kerajaan
Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim misalnya telah
mencatatkan penjimatan 24% atau RM106 juta bagi kontrak-kontrak
kejuruteraan awam dalam tempoh 9 bulan pertama 2012.
Penjelasan panjang lebar ini selari dengan anggaran kos yang dibuat
oleh Perbendaharaan mengenai program-program Pakatan Rakyat. Batu
penghalang kepada pelaksanaan program-program pro-rakyat adalah
keborosan dan kecenderongan Barisan Nasional bergelumang dengan rasuah.
Bagi pihak
Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB LIEW CHIN TONG
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA
YB NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
YB DR DZULKIFLY AHMAD
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR
11 OKTOBER 2012