Ia bukan lagi rahsia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
sedang behadapan dengan saat-saat genting. Beliau dan pentadbiran beliau
beserta parti UMNO telah terperangkap dalam penipuan- penipuan yang
tidak berpenghujung. Namun begitu, mereka seolah-olah tidak mempunyai
niat apa-apa untuk menghentikannya atau ia telah menjadi tabiat mereka
dan mereka tidak lagi mampu mengelaknya.
"Mereka telah menjadi orang-orang yang pendusta bersiri - tiada
ubatnya," Ahli Parlimen PKR, Gopeng Lee Boon Chye; seorang doktor yang
terkenal, memberitahu
Malaysia Chronicle.
Insiden terbaru melibatkan Najib, yang telah dilihat keluar secara
senyap-senyap dari negara ini untuk berehat sebentar di Perth Australia
pada Hari Kebangsaan Malaysia , 31 Ogos yang lepas.
PM tidak membuat apa-apa pengumuman sungguhpun dari segi protokol
beliau dikehendaki untuk berbuat demikian. Walaubagaimanapun, malang
baginya, pesawat - jet kerajaan Malaysia telah dikesan mendarat di
lapangan terbang Australia.
Diselamatkan oleh FBC Media dan Bernama
Apabila digesa untuk berterus terang mengenai perkara itu dan ditanya
jika beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kemudahannya pergi
bercuti peribadi; agensi berita nasional Bernama melakukan beberapa
kerja PR yang mewah untuknya.
Pada hari Ahad, Bernama mendakwa Najib telah pergi ke Perth untuk
menghabiskan Hari Raya bersama pelajar Malaysia di sana. Ini berlaku
pada hari Sabtu, Hari Raya telah jatuh pada hari Selasa dan beliau
berangkat pada hari Rabu, iaitu pada Hari Kebangsaan.
Perkara itu menjadi lebih teruk, apabila Bernama berkeras mendakwa
pelajar di Perth telah menemui beliau dan mengatakan bahawa ucapan Najib
'menjadi sumber inspirasi' mereka.
"Sangat hebat mendengar Perdana Menteri kita berucap, dan beliau
sangat mengagumkan," Bernama melaporkan seorang pelajar Curtin, Lim
Jian Min, dari Kedah berkata. "Dia menaikkan semangat kita dan
memberikan jawapan yang baik kepada semua persoalan kami."
Bernama juga memetik beberapa pelajar lain yang memuji PM. Dalam
ucapannya, Najib telah menjelaskan konsep 1Malaysia yang tidak berfungsi
itu lagi dan faedah kepada negara dan rakyatnya. Beliau juga berjanji
bahawa akan ada beribu-ribu pekerjaan yang menunggu mereka apabila
mereka pulang ke tanah air.
"1Malaysia bertujuan untuk menyatukan negara kita dan untuk membawa
semua bangsa bersama-sama mencapai kemajuan dan kemakmuran. Sebahagian
daripada anda mungkin mahu untuk tinggal disini selepas tamat pengajian
untuk mendapatkan pengalaman bekerja di Australia. Itu tidak mengapa.
Tetapi sila kembali ke Malaysia kerana kita akan memerlukan anda , "kata
Najib.
Dusta lagi!
Tetapi semua usaha-usaha untuk menyelamatkan Najib sia-sia belaka.
Seorang pelajar Malaysia yang juga merupakan pegawai kerajaan yang
menghadiri majlis makan malam Najib telah menafikan yang dia telah
memuji ucapan Perdana Menteri. Malah, beliau mendakwa bahawa Bernama
telah memutarbelitkan kata-kata nya.
Semasa dihubungi, pelajar berikut terkejut dengan laporan itu kerana
pelajar tersebut sebenarnya telah membuat komen itu sebelum ucapan
Najib.
"Mereka benar-benar telah mengubah dan menokok tambah apa yang kita
kata kerana saya tidak pernah berkata seperti yang telah dilaporkan.
Segala-galanya telah dilakukan sebelum ucapan dan bukan selepas ucapan
itu. Saya rasa ia tindakan bodoh dan tidak perlu," Malaysiakini
melaporkan pelajar tersebut sebagai berkata.
"Mereka dimasukkan benda-benda yang kita tidak penah ucapkan dan
mengubah kata-kata kami. Kami tidak berkata apa-apa yang buruk, jadi
saya tidak nampak mengapa mereka perlu berbuat demikian."
Apabila diminta untuk memberi komen, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat
hanya mampu menggelengkan kepala dan ketawa. Mereka menegaskan selepas
dimalukan di pentas antarabangsa baru-baru ini apabila Najib didakwa
membayar RM58 juta wang rakyat Malaysia kepada perunding FBC Media UK
bagi mereke laporan palsu yang menggambarkan imej positif dirinya,
pentadbirannya dan projek-projek mereka kepada penonton seluruh dunia.
Pihak berkuasa UK sedang menyiapkan siasatan terhadap FBC Media dan
boleh melancarkan enkuari awam besar-besaran kerana FBC telah menjual
berita palsu kepada rangkaian seperti CNN, CNBC dan juga BBC. Najib dan
FBC diselar kerana cuba untuk 'menipu' penonton global, manakala
pemimpin pembangkang Malaysia telah berjanji untuk bertanya kepada
beliau di Parlimen mengenai jumlah sebenar yang dihabiskan untuk
publisiti palsu tersebut.
"Ini jelas menunjukkan sebuah rejim yang berada di ambang kehancuran.
Apabila anda mendengar kata-kata seperti 'hebat' dikaitkan dengan
Najib, anda benar-benar cenderung untuk merasionalkan apa jua laporan
tersebut" naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Malaysia Chronicle