Share |

Saturday, 12 July 2014

Guru baling kasut terhadap murid dipindahkan,Kamalanathan bertindak

KUALA LUMPUR, Julai 11 : Kementerian Pendidikan memandang serius tindakan seorang guru yang membaling kasut terhadap seorang pelajar tahun dua di Sekolah Kebangsaan Port Dickson semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan dalam satu kenyataan ringkas di Facebooknya hari ini berkata “saya amat kecewa dengan insiden tersebut. Saya dan Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius perkara ini.Saya telah menghubungi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk memastikan tindakan diambil dengan segera.

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai insiden tersebut :

Masa : 9:10 pagi
Tempat: Kelas 2 Lotus
Nama guru: Tn Hj Abd Rahim b. Jaafar
Nama murid: Sharmini A/P Muthu
Matapelajaran: P. Moral

Kamalanathan berkata pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan PPD Port Dickson telah mengadakan pertemuan dengan penjaga murid tersebut untuk memohon maaf manakala guru tersebut telah dipindahkan serta merta ke Sekolah Kebangsaan Linggi serta merta mulai hari ini.

Beliau juga berkata surat tunjuk sebab akan dikeluarkan untuk tindakan lanjut selepas ini.

No comments: