Share |

Saturday, 12 July 2014

Guru hari ini lebih tertekan

Suatu waktu dahulu kes guru mencederakan pelajar adalah sesuatu yang asing dan jarang di dengar namun kini ia sering belaku dan perkara ini tidak lagi boleh dipandang ringan.

CHERAS: Naib Presiden Gerakan, Dato Kohilan Pilay berkata tindakan tegas perlu diambil ke atas seorang guru di sebuah sekolah di Port Dickson yang didapati telah membelasah anak muridnya sehingga menyebabkan kecederaan di kepala.

“Tindakan tegas harus diambil agar kes-kes sebegini tidak akan berulang kembali. Pada zaman saya dahulu, tidak pernah belaku kes sebegini yang melibatkan guru memukul anak murid hingga berdarah-darah, stapler telinga, memukul dengan kasut dan tendang pelajar.

“Pada pendapat saya, semua ini berlaku kerana guru hari ini begitu tertekan dengan keadaan sekeliling juga dengan kos hidup yang tinggi pada zaman sekarang.

“Kaunseling perlu diberikan bukan hanya untuk murid malah kepada para guru supaya mereka bebas dari tekanan emosi.

“Diharapkan agar selepas ini tiada lagi kedengaran kes-kes penderaan fizikal terhadap pelajar,” katanya.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berharap agar orang ramai tidak mengaitkan kes sebegini dengan politik. Ini adalah masalah antara guru dan pelajar.

No comments: