Selagi Palestin tidak menjadi negara berdaulat, selagi itu Malaysia akan terus menyokong perjuangan Palestin dan mendoakan agar perjuangan mereka kesampaian
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah kepada perjuangan rakyat Palestin.
Menurutnya, tengah hari semalam beliau telah berjumpa dengan Duta Palestin yang baharu, Dr. Anwar Hamadto Kassem Al-Agha mengatakan bahawa rakyat Malaysia merupakan antara pemberi sokongan yang paling kuat dalam perjuangan rakyat Palestin sehinggalah ia menjadi negara berdaulat.
“Dia juga ada menceritakan tentang kesengsaraan dan penderitaan yang sedang mereka alami.
“Perdana Menteri Palestin Mahmoud Abbas ada mengutus surat kepada saya dan meminta untuk saya membuat lawatan di Tebing Barat. Saya pernah sampai ke bumi Gaza tetapi belum lagi sampai ke Tebing Barat,” katanya dalam Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Tambah beliau, selagi Palestin tidak menjadi negara berdaulat, selagi itu Malaysia akan terus menyokong perjuangan Palestin dan mendoakan agar perjuangan mereka kesampaian.
“Mengapa pada masa ini umat Islam mudah dijajah dan ditindas oleh orang lain? Ini kerana umat Islam sendiri tidak dapat memantapkan perpaduan ummah sesama mereka.
“Kita lihat konflik yang semakin meruncing, ramai umat Islam terkorban di tangan umat Islam yang lain.
“Sebagai contoh di Syria, seramai 150,000 umat Islam telah terkorban dan 10 juta orang sudah menjadi pelarian. Di Iraq pula rakyatnya telah dibunuh, diikat dan diletupkan dengan bom,” tambahnya.
Katanya lagi, dalam konflik Syiah dan Sunni yang masih belum dapat diatasi, beliau menggunakan analogi lebuhraya bagi menggambarkan situasi yang berlaku. “Ibarat kita berada dalam landasan lebuhraya yang sama, destinasi yang sama, cuma kita berada di jalur yang berbeza.
“Jika kita tidak sembarangan menukar jalur untuk menghimpit kenderaan orang lain sehingga berlaku kemalangan, maka kita akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.
“Sehubungan dengan itu saya berharap umat Islam dapat menumpukan kekuatan asas seperti mental, fizikal dan rohani agar dapat membina kekuatan dalam semua bidang.
“Malaysia juga akan menjadi contoh kepada negara Islam lain dan bakal dilihat lebih berjaya, progresif dan maju dari segi akidah berdasarkan lima prinsip Maqasid Syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta,” ujarnya.
Najib juga menambah, inilah dasar yang kerajaan amalkan selama ini. Dalam majlis itu juga beliau telah memberi sumbang RM5,000 kepada 100 buah sekolah tahfiz di Selangor.

No comments:
Post a Comment