IPOH, Januari 24- Ramasamy a/l Perumal (52 tahun) tinggal di satu penjuru di dalam sebuah rumah papan kepunyaan tokong cina yang terletak di Pasir Pinci, Ipoh. Beliau yang telah bekerja sebagai pengawal telah dijangkiti penyakit usus dan tidak dapat bekerja lagi.
Isterinya Gunasekari a/p Sinnappan telah bekerja di sebuah restoran dan kini beliau juga terpaksa berhenti kerja disebabkan oleh masalah kesihatan. Dia terpaksa berehat berdasarkan nasihat doktor. Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Sivasangkari (12 tahun) yang belajar di sekolah rendah. (Malaysia Nanban 24/1/10 di muka surat 16).
HRP: Ini adalah kes klasik yang sering dialami oleh orang miskin keturunan india yang kurang sihat dan mempunyai masalah kesihatan di bawah pimpinan UMNO. Jabatan Kebajikan UMNO telah memperuntukkan RM 48 Million untuk bantuan kebajikan dan bayaran sewa rumah RM174 Million untuk warga tua. (NST 24/10/09 di muka surat 10). Tetapi duit ini tidak pernah kesampaian kepada Ramasamy dan beratus ribuan orang miskin keturunan India yang lain. Malah kes ini tidak dipedulikan oleh 82 lagi ahli Parlimen dari parti yang berbilang kaum dalam PKR, DAP dan PAS.
No comments:
Post a Comment