Share |

Friday, 6 December 2013

Kerajaan perlu utamakan orang Melayu, kata wakil Kedah

Peruntukan RM2 juta kepada sekolah jenis kebangsaan di Sungai Limau tidak menambah undi Cina kepada BN.

KUALA LUMPUR: Wakil Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain (gambar) berkata, kerajaan perlu mengutamakan orang Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini, Ketua Umno Bahagian Merbok itu berkata, peruntukan RM2 juta kepada sekolah jenis kebangsaan di Sungai Limau tidak menambah undi Cina kepada BN.

“Sebab itu kita perlu mengutamakan orang majoriti iaitu bangsa kita,” katanya.

Tajul merujuk kepada kekalahan BN kepada PAS dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau barui-baru ini.

Beliau juga meminta kerajaan supaya mermberi peruntukan besar untuk pembangunan Kedah.

BN berjaya merampas Kedah Mei lalu kerana berjaya mendapat sokongan dari pengundi Melayu luar bandar.

Wakil Kelantan pula Datuk Norzula Mat Diah pula menggamatkan perwakilan dengan gelagatnya mencuit hati.

Beliau banyak menggunakan dialog Kelantan serta menyanyikan dua lagu tradisional Melayu.

No comments: