Share |

Wednesday 6 January 2010

Pertambahan murid Sekolah Tamil Batu Empat kekurangan Bilik Darjah

Pertambahan murid

Sekolah Tamil Batu Empat kekurangan Bilik Darjah

KLANG, 5, Januari - Peningkatan jumlah murid baru menyebabkan Sekolah Tamil Batu Empat mengalami kekurangan bilik darjah. Menurut Puan Indrani, Guru Besar Sekolah Tamil Batu Empat pada tahun lepas jumlah pelajar di sekolah ini ialah seramai 153 orang manakala tahun ini jumlah tersebut telah meningkat kepada 187 serta jumlah ini dijangka akan meningkat akhir minggu ini. Pejabat Pendidikan Daerah telah memberi kebenaran supaya tujuh bilik darjah digunakan oleh murid tahun satu di mana pertambahan murid baru menyebabkan sekolah menggunakan kelas- kelas khas untuk dijadikan bilik darjah.

Sebelum ini sekolah terpaksa menggunakan makmal sains serta bilik guru yang diubah suai menjadi kecil supaya bilangan bilik darjah dapat ditambah. Para ibu bapa tidak puas hati dengan masalah yang dihadapi sekolah di mana pihak sekolah terpaksa berulang alik untuk mendapat tapak yang tetap bagi sekolah ini. Semasa pilihan raya lepas Ketua UMNO negeri Selangor dan bekas Menteri Selangor Dato Seri Dr. Mohd Khir Toyo telah berjanji akan mendapatkan satu ekar tanah untuk sekolah ini. Namun kini pihak sekolah difahamkan bahawa UMNO menjadi halangan dalam pemberian tanah tersebut kepada sekolah ini. Demi mendapatkan suasana belajar yang lebih baik pihak ibu bapa akan mengadakan perhimpunan bertujuan meminta tapak tetap bagi sekolah tersebut akhir bulan ini.

penambahan-murid

No comments: