Hidup dalam kemiskinan bersama empat orang anak
Tiada wang untuk makan dan bayar sewa
KLANG, 29, Disember - Sebuah keluarga yang mempunyai empat orang anak hidup dalam kemiskinan sehingga mereka tiada wang untuk mengalas perut. Menurut Thanaletchumi, 35 tahun, suaminya bekerja sebagai pengawal dan mendapat sebanyak RM800 sebulan. Thanaletchumy menghidapi penyakit jantung dan tidak dapat bekerja. Mereka tinggal di sebuah rumah sewa di mana sewa bulanan tertunggak selama lapan bulan dan pemilik rumah telah menyuruh mereka keluar dari rumah dalam masa 10 hari.
Kadangkala jirannya menolong memberi makanan kepada anak- anaknya. Tetapi sesekali dia pernah terfikir untuk bunuh diri daripada hidup merana dalam kemiskinan kerana tidak ada barang di dapur untuk masak makanan buat anak-anaknya. Dia tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setelah memohon bantuan lapan bulan yang lalu. Dia telah meminjam RM1000 untuk membayar sewa rumah dengan kadar bunga di mana bunga serta bayaran asal RM300 harus dijelaskan setiap bulan untuk 6 bulan. Di samping itu, dia juga telah meminjam sebanyak RM2000 bagi perbelanjaan perubatannya dan kadar bayarannya adalah RM300 sebulan. Jadi dari pendapatan suaminya RM800, mereka terpaksa membayar RM600 kepada peminjam. Keadaan ini memudaratkan mereka untuk meneruskan kehidupan di mana dua orang daripada anak mereka - Hema Varman (9 tahun), Poobalan (6 tahun), Yogeswaran (6 tahun) dan Parmila (5 tahun) sedang belajar di Sekolah Tamil Batu Empat. Thanaletchumi menyeru Kerajaan agar memberi bantuan segera kepada mereka supaya dapat menjamin pendidikan serta masa depan anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment