Share |

Saturday 25 April 2009

Satu Lagi Penipuan MIC : Menumpang Nilai serta Mengelirukan Masyarakat

Bukan sahaja mereka membuat warna T-shirt serupa dengan Warna Hindraf, kini mereka pula mencipta Jawatan yang tidak wujud bagi tujuan mengelirukan masyarakat.

Bekas Ketua Pemuda PKR , Bahagian Kepong Kumaresan yang mendakwa dirinya sebagai Pembantu Ahli Parlimen Kapar adalah suatu pembohongan. Pihak yang mengeluarkan kenyataan sebegini seharusnya meneliti kewujudan bukti kukuh. Semua yang bergambar bersama saya di khayalan ramai tidak boleh menjadi pembantu atau PA saya.

Kumerasan dipercayai menjadi Ahli PKR hanya selepas Piliharanraya Umum ke 12 yang lepas. Menurut Ketua Bahagian Kepong, En Ganesan sebagai Ketua Pemuda Bahagian , Kumaresan tidak pernah mengadakan mesyuarat atau apa-apa aktiviti yang bermanafaat untuk ahli serta rakyat. Menurutnya lagi hanya 15 orang yang menyertai MIC bukan seperti dilaporkan oleh media .

Kumaresan juga tidak layan bercakap mengenai mengenai Masalah Kampung Perepat lebih-lebih lagi bersama MIC. Masalah Tanah Kg Perepat wujud disebabkan oleh MIC serta BN sehingga mereka mampu menukar hakmilik dalam tempuh 24 jam. Pengikut - pengikut MIC yang merampas tanah daripada pemilik yang sah. Dia seharusnya menanya Samy Velu kenapa masalah Kampung perepat masih berterusan.

Kumaresan serta Ketua Pemuda MIC cuba menumpang nilai-nilai yang disemadikan oleh hindraf demi kepentingan diri mereka. Bukan semua yang pakai baju warna oren boleh jadi pengikut Hindraf. Tanya diri sendiri, ahli MIC sendiri akan menyokong perjuangan Hindraf.

Sebagai Ahli Parlimen Kapar, lebih- lebih lagi dari parti pembangkang saya dapat sedikit sebanyak menyelesaikan masalah - masalah kebajikan seperti berikut:

kes

Selain daripada itu pelbagai isu Kebangsaan serta masalah-masalah berkaitan tanah Kg Nelayan, Sekolah Tamil , pemparitan, Banjir, Jalan dan banyak lagi telah mencapai penyelesaian. Saya tidak ingin menghuraikan dengan terperinci, takut nanti BN menggunakannya sebagai laporan untuk mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Mungkin suatu hari nanti, mereka yang dipelawa masuk melalui teknik sebegini akan mengelar diri mereka Setiausaha Tersulit pemimpin -pemimpin MIC apabila Kehijauan jelas terbayang di sebelah Pakatan Rakyat.

Berikut adalah Kenyataan Media oleh YB S. Manikavasagam serta Setiausaha Politik beliau, M. Shanmugam.

untuk-edaran-segera

paper-cutting2

paper-cutting3

Untuk Maklumat Lanjut layari :

1) Malaysiakini : PKR Youth members, Hindraf supporters defect to MIC

2) The Star Online : 100 ex-PKR and Hindraf members join MIC

No comments: