Cerita Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan rakyat (PKR) 'hilang' yang bermula di Perak dan selepas itu di Kedah kini berjangkit pula di Selangor. ADUN PKR kawasan Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah dikatakan 'hilang' sejak lima hari lalu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memanggil satu mesyuarat khas yang melibatkan semua ADUN dan Ahli Parlimen PKR Selangor hari Khamis.
Katanya kepada para wartawan Rabu beliau menjangka Badrul Hisham akan turut hadir dalam mesyuarat itu.
Menurut Khalid mesyuarat khas itu selain bertujuan untuk mematikan khabar angin ada wakil rakyat kerajaan Selangor nak melompat mereka juga akan membincangkan mengenai cara terbaik penyaluran peruntukkan Ahli Parlimen dan ADUN untuk kepentingan rakyat.
Khalid sebelum ini beberapa kali menafikan ada anak-anak buahnya nak melompat.
Jika Badrul Hisham muncul di mesyuarat itu ia mungkin akan meredakan spekulasi yang hangat berlegar mengenai kehilangannya.
Jika tidak tentu semua tertunggu-tunggu apakah kelak akan ada lagi surat perletakan jawatan dikeluarkan ekoran kehilangan ADUN berkenaan atau seperti biasa BN akan dituduh melarikanya atau mengugutnya.
Sementara itu sumber PKR memberitahu, ADUN Pelabuhan Kelang yang 'menghilangkan diri' itu pernah ' tertangkap basah' dengan seorang wanita oleh isterinya sendiri.
Ikut ceritanya ekoran itu pelbagai tekanan diterimanya daripada keluarga dan ahli-ahli PKR.
Selain itu, beliau juga dikatakan kecewa kerana peruntukan kawasannya 'disekat' oleh Menteri Besar Selangor.
Menurut sumber PKR itu sepanjang menjadi wakil rakyat, beliau memang bersifat lone ranger.
Badul Hisham juga dikatakan pernah meluahkan rasa terkilan kerana hanya diberikan tanggungjawab sebagai penyelaras perpustakaan awam kerajaan negeri di Shah Alam sedangkan ADUN PKR lain mendapat kedudukan yang lebih baik seperti pembantu Exco dan jawatan lebih tinggi.
Tidak banyak yang diketahui tentang dirinya kerana bagi kalangan PKR negeri, Badrul Hisham dikategorikan sebagai wakil rakyat yang tidak perform dan tidak begitu disenangi oleh Menteri Besar Selangor.
Beberapa orang ahli UMNO kawasan Pelabuhan Kelang yang ditemui kata mereka pun ada dengar cakap-cakap mengenai kisah masalah peribadi ADUN PKR itu.
Namun mereka tidak terkejut jika ada sesuatu hal yang tidak kena melibatkan ADUN itu timbul nanti UMNO akan jadi kambing hitam.
” Setahu kami itu masalah peribadinya dan itu soal dalaman PKR sendiri,”kata salah seorang darinya
No comments:
Post a Comment