Sdr Azmin Ali mula menggerakkan jentera pilihanraya DUN Bukit Selambau bersama pimpinan parti Kedah dan Bahagian Merbok petang semalam di Sungai Petani. Maka bermulalah tunjuk rasa penyokong melobi calon mereka. Malah terdapat gesaan dari parti rakan dan tuntutan calon Melayu, Hindraf, pejuang lama dan lain-lain, dengan pelbagai kaedah - sopan, tuntutan dan ugutan!
Sayugia disedari keperluan memperkukuh muafakat yang berhasil melahirkan kerajaan Pakatan Rakyat. Dan yang dikira mendesak, keperluan menonjolkan calon yang komited dengan perjuangan dan tidak mudah goyah dengan sogokan atau ugutan. Rakyat dan pengundi menuntut calon layak dan berwibawa.
Pengalaman terkini harus mengajar kita. Dan parti perlu memastikan hasrat murni ini tidak dikorbankan hanya untuk agenda terpenchil.
Thursday, 12 February 2009
Bukit Selambau: Keutamaan Pada Agenda Perubahan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment