Share |

Sunday, 14 December 2008

Nak menang tapi tingkah laku macam tak nak menang

Nak menang tapi tingkah laku macam tak nak menang

Setiap kali musim pilihan raya baik pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil, parti-parti yang bertanding akan menyuarakan keyakinan mereka akan meraih kemenangan. Para pemimpin dan pengikut parti akan melaungkan pelbagai slogan bagi membayangkan hasrat mereka untuk menang. Namun bagi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, laungan atau luahan kata-kata semangat seumpama itu tidak memadai kerana ia perlu disusuli dengan tekad dan tindakan. "Siapa nak kalah? semua mahu menang tetapi kadang-kadang kita luahkan saja UMNO akan menang atau saya nak menang tetapi amalan, perbuatan, tingkah laku kita tak cerminkan orang yang nak menang pilihan raya," katanya. Sehubungan itu, di samping mahukan agar keinginan untuk menang ada di dalam hati setiap ahli UMNO, beliau turut menegaskan keinginan itu perlu dibuktikan melalui kerjasama dan kesepakatan sesama ahli-ahli parti.

No comments: