Protes depan gereja bahayakan orang Kristian dan melampaui batas, kata Presiden Kavyan, Uthaya Sankar.
COMMENT
PETALING JAYA: Pihak tertentu yang mahu mengadakan protes di hadapan atau berdekatan rumah ibadat bukan Islam adalah perbuatan melampaui batas tolerasi, kata Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).
Kavyan bimbang bahawa protes yang kononnya aman ini akan bertukar ganas dan membahayakan keselamatan umat Kristian yang pergi bersembahyang di gereja pada pagi Ahad.
Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB berkata, protes haram ini sudah pun menanam rasa takut, gentar, bimbang dan tidak selesa dalam kalangan orang ramai, khususnya orang Kristian yang merupakan minoriti di negara ini.
“Kavyan amat terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam kenyataannya kepada pemberita pada Khamis lalu seolah-olah memberikan restu serta mengalu-alukan protes yang diterajui oleh Umno Selangor.
“Sementara itu, agak menghairankan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini sibuk melaung-laungkan slogan muluk “1Malaysia” dan “Kami Mendengar” seolah-olah masih menunggu “wahyu” turun sebelum bersuara,” kata Uthaya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau menambah, penganjur protes haram mungkin memberikan alasan bahawa perhimpunan diadakan bukan di dalam kawasan gereja atau di hadapan gereja; sebaliknya berhampiran gereja.
Mengancam keselamatan
Dalam hal ini, katanya, mereka masih mengancam keselamatan pengunjung gereja dan orang awam (bukan Kristian) yang berada di sekitar kawasan berkenaan.
“Kavyan mahu menarik perhatian penganjur protes haram itu kepada Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Awam 2012 yang secara terang-terangan melarang perhimpunan di rumah-rumah ibadat,” kata beliau lagi.
Kavyan meminta bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama mengecam sebarang bentuk protes haram anjuran mana-mana pihak di hadapan, di dalam atau di sekitar mana-mana rumah ibadat; khususnya apabila rumah ibadat itu bukan bagi agama peserta perhimpunan haram terbabit.
“Najib juga perlu segera membuka mulut dan melakukan sesuatu sebagai bukti bahawa dia masih Perdana Menteri yang berkuasa dan berniat murni menegakkan slogan “1Malaysia” serta benar-benar “mendengar” suara rakyat; khususnya minoriti,” tegas Uthaya..
Menurutnya, Kayvan pernah mengadakan konvoi rumah ibadat dengan kempen “tolak perkauman, pupuk perpaduan, raikan kepelbagaian” dimusnahkan puak pelampau tertentu yang bermotif jahat.

No comments:
Post a Comment