Saya faham bapa dia kerana bapa dia itu jiwanya PAS, original PAS," kata Mahfuz lagi.
ANALYSIS
YAN: Dalam politik menjelang PRK Sungai Limau, macam macam hal boleh dipolitikkan. Selain aruah Tan Sri Azizan Abdul Razak dipolitikkan oleh kedua-dua pihak, BN dan PAS, turut jadi isu politik ialah ayah Ketua Umno Bahagian Jerai, Baharom Ramli,
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom mendoakan kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau.
Menurutnya, Jamil Khir tiada di rumah sewaktu lawatan itu berlangsung.
“Dia tak ada dalam itu. Dia bukan ada pun dalam (lawatan) itu.
“Dia bukan hadir pun masa bapa dia tadah tangan berdoa itu,” katanya sewaktu diminta mengulas kontroversi lawatan itu.
Menurutnya lagi, beliau cukup mengenali Baharom Ramli, 77 tahun, yang telah lama bergiat dengan PAS.
“Saya faham dia ahli PAS, dia mengaku dia bayar yuran, cukuplah setakat itu.
“Tak apalah Datuk Jamil kata saya tak betul tak apa, tapi saya faham bapa dia sebab saya lama dengan bapa dia.
Jiwa PAS
“Saya faham bapa dia kerana bapa dia itu jiwanya PAS, original PAS,” kata Mahfuz lagi.
Jamil Khir semalam mendakwa bapanya hanya sekadar mengaminkan doa yang dibaca PAS sewaktu mereka menziarahi bapanya di rumah mereka di Kampung Sedaka, Yan.
Dakwanya lagi, bapanya kini tertekan secara moral apabila ziarah itu dijadikan modal kempen PAS dalam kempen pilihan raya yang sedang berlangsung..
Bagi Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, banyak pihak tertanya-tanya muslihatnya kerana gambar yang diambil bersama Baharom dimuat naik dalam internet beberapa minit selepas itu.
“Adakah mereka ikhlas membuat kunjungan hormat ke atas Baharom atau sebaliknya. Kenapa perlu menghebohkan kunjungan itu melainkan jika ingin meraih tujuan politik,” katanya pada sidang media di bilik gerakan induk BN di Sungai Limau semalam.
Beliau yang juga Menteri Besar Kedah diminta mengulas kunjungan Mohd Azam bersama Pesuruhjaya Pas Kedah, Mahfuz Omar ke rumah Baharom semalam atas alasan menghargai jasanya yang banyak memberikan sumbangan kepada parti itu.
Menurutnya, jika mahu menghargainya, tidak perlu menggunakan gambar kunjungan itu untuk kepentingan politik dalam PRK ini.
Ini, katanya berbeza dengan pendekatan BN ketika membuat kunjungan hormat ke rumah balu bekas menteri besar, Toh Puan Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar pada malam selepas pengumuman calon BN untuk PRK Dun Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
Menghormati
“Saya dan Ahmad Sohaimi serta beberapa orang lain pergi ke rumah Allahyarham Azizan Abdul Razak untuk memperkenalkan calon kita kepada isterinya.
“Kita lakukan ini sebagai menghormati Allahyarham dan kawasan Sungai Limau yang diwakilinya selama lima penggal. Kami berbual hampir dua jam di rumahnya dan tiada siapa pun yang tahu,” katanya.
Menurutnya, perkara itu dirahsiakan kerana ia adalah urusan peribadi BN dan tidak mahu ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.
“Tiada siapa pun yang tahu. Hari ini baru saya beritahu anda semua. Tiada gambar atau berita mengenainya di dalam surat khabar atau internet sebelum ini atau hingga hari ini,” katanya.
Mukhriz berharap rakyat dapat menilai pendekatan yang digunakan BN dalam pilihan raya ini yang tidak pernah mengambil kesempatan atas apa-apa isu untuk meraih sokongan rakyat.
Inilah kali pertama dalam sejarah Umno seorang ahli parlimen Umno berbapakan orang PAS. Dari satu segi, Jamil Khir berjaya menawan kerusi parlimen Jerai pada Mei lalu kerana saudara maranya dalam PAS mengundi BN apabila Jamil Khir sendiri bertanding.
Pada 4 November ini, bagaimana pula kedudukan saudara mara Jamil Khir? Apakah mereka akan mengundi calon BN atau calon PAS? Ini yang menarik perhatian kita.

No comments:
Post a Comment