Suruhanjaya itu juga sedang menjalankan siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak atas dakwaan salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan.
SHAH ALAM: Kes pembelian kapal selam ‘Scorpene’ yang menjadi pembualan hangat kerana membabitkan pemimpin utama negara belum ditutup, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Sama sekali tidak…..kita tidak tutup,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dalam satu majlis di sini hari ini.
Pada majlis bertajuk “Rasuah Pemusnah Tamadun”, mantan menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendakwa kes itu belum disiasat. Kes ini melibatkan Abdul Razak Baginda yang dikatakan rapat dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).
Belumpun Nizar selesai berhujah, Abu Kassim mencelah dengan bertanya, “siapa kata kes itu ditutup?”
Beliau mengingatkan pemimpin PAS itu supaya tidak mencampuri kes yang masih belum selesai dalam mahkamah.
Di majlis tersebut, Abu Kassim menegaskan SPRM juga sedang menjalankan siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan.
Katanya, SPRM sudah sembilan kali memberi jawaban mengenai perkara itu di parlimen. Dokumen parlimen adalah dokumen awam jadi saya minta ahli parlimen baca.
Abu Kassim menegaskan SPRM menjalankan siasatan tanpa memilih bulu dan tanpa mengira parti politik.
“SPRM juga tidak perlu mendapat restu daripada perdana menteri sebelum sesuatu siasatan dijalankan sepertimana dakwaan sesetengah pihak. Dan SPRM akan menyiasat jika ada asas (bukti) yang kukuh,” tambahnya.

No comments:
Post a Comment