Share |

Thursday 28 April 2011

Eskay beri sampel DNA kepada polis

"Saya hadir secara sukarela dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis termasuk memberikan sampel DNA kepada polis," katanya ringkas.

PETALING JAYA: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang trio ‘Datuk T’, hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk memberikan sampel DNA beliau.

Shazryl, berbaju biru tua hadir di Bukit Aman kira-kira 10 pagi tadi dengan ditemani beberapa pengawal peribadinya untuk memberi keterangan berhubung video seks yang didakwa dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang ditemui pemberita selepas selesai memberi keterangan kira-kira pukul 1.15 tengahari berkata, dirinya dihubungi polis pagi tadi supaya hadir membantu siasatan kes video seks.

“Saya hadir secara sukarela dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis termasuk memberikan sampel DNA kepada polis,” katanya ringkas.

Namun beliau enggan mendedahkan butiran soalan yang ditanya polis sepanjang sesi soal siasat.

Shazryl dijangka akan mengadakan sidang media esok petang bagi menjelaskan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

Selain Shazryl, trio ‘Datuk T’ termasuk bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, 61, dan bekas Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, 75, turut mengaku bahawa merekalah dalang yang mendedahkan video seks yang ditayangkan kepada media di Carcosa Seri Istana 21 Mac lalu.

No comments: