Oleh Muda Mohd Noor - Free Malaysia Today
PETALING JAYA: Saingan sengit dalam pemilihan PKR bukan sahaja di kalangan jawatan-jawatan utama tetapi juga merebak kepada peringkat cabang (bahagian).
Difahamkan banyak cabang PKR di Selangor khususnya akan menyaksikan ketua cabang dicabar dalam pemilihan parti bulan depan.
Cabang Subang disebut-sebut bahawa ketuanya S Sivarasa yang juga naib presiden PKR bakal menghadapi saingan empat penjuru.
Bagaimanapun, sehingga ini belum dapat mengesahkan mereka yang dikatakan berminat mencabar Sivarasa yang sudah tiga penggal menjadi ketua cabang PKR Subang itu.
Pemilihan ketua cabang akan diadakan pada 26 September. Hanya dua pencalonan dari ranting (cawangan) untuk bertanding sebarang jawatan cabang.
Menurut sumber, ramai ahli parti di peringkat akar umbi kurang gembira dengan ahli parlimen Subang itu yang didakwa jarang menemui penduduk termasuk ahli dan penyokong parti.
"Barangkali Sivarasa sangat sibuk dengan tugasan parti dan parlimen menyebabkan beliau tidak cukup masa untuk berjumpa dengan ahli dan penyokong parti.
"Kini orang PKR di Subang mula bercakap mengenai kegagalan Sivarasa untuk hadir dalam majlis-majlis rakyat," katanya.
Menurutnya, orang yang mahu mencabar Sivarasa itu kerana mereka tidak puas hati dengan naib presiden PKR itu.
Selain Subang, beberapa cabang lain termasuk Kelana Jaya juga akan menyaksikan penyandang jawatan dicabar.
Ketua cabang PKR Kelana Jaya ialah Syed Shahir Mohamud yang juga presiden MTUC.
Pemilihan ketua AMK dijangka sengit
Dalam satu perkembangan lain, sehari selepas bendahari PKR Terengganu, Mohd Rafizi Ramli, mengumumkan bertanding ketua Angkatan Muda Keadilan, Pahang dan Selangor pula membuat keputusan menyokong Samsul Iskandar Md Akin mempertahankan jawatan dalam pemilihan akhir tahun ini.
Ketua AMK Pahang, Rizal Jamin, berkata negerinya sebulat suara mahu mengekalkan Samsul kerana prestasi cemerIangnya memimpin AMK sejak 2007.
Samsul, ketua PKR Melaka, mengambil alih jawatan ketua AMK dari Senator Ezam Mohd Nor yang tidak bertanding dalam kongres parti di Seremban.
Ketika dihubungi, Rizal berkata, "Prestasi Samsul cemerlang kerana dalam tempoh tiga tahun, AMK mempunyai 166 cabang (bahagian) di seluruh negara.”
"Sekitar tahun 2007, AMK hanya mempunyai antara 30 dan 40 cabang, maknanya dalam kepayahan beliau berjaya menubuhkan begitu banyak cabang AMK."
AMK Pahang mempunyai 14 cabang dan dalam mesyuarat Selasa lalu memutuskan menyokong Samsul dalam pemilihan ketua AMK kelak.
Selain Mohd Rafizi, beberapa nama lagi dijangka berbuat demikian sedikit masa lagi, antara yang disebut-sebut ialah ahli majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisham Shahrin dan Hasmi Hashim.
Sementara itu, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, berkata majoriti pimpinan AMK negeri itu akan menyokong Samsul.
AMK Selangor mempunyai 22 cabang antara terbanyak di Malaysia.
"Samsul merupakan pemimpin akar umbi AMK, seorang yang mempunyai komitmen dan konsisten dalam perjuangan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Samsul kata Khairul Anuar mahu menggilap pemimpin AMK lain supaya menjadi pemimpin besar.
Malah Khairul Anuar sendiri akan bertanding jawatan timbalan ketua AMK berganding dengan Samsul berikutan penyandang sekarang, Fariz Musa sudah melebihi umur 40 tahun.
Beberapa pemimpin AMK negeri lain yang dihubungi memberitahu mereka belum membuat keputusan sama ada memilih Samsul atau Rafizi.
Seorang pemimin AMK Negeri Sembilan pula menyatakan negeri itu menyokong Badrul untuk jawatan ketua AMK.
"Saya harap Badrul Hisham bertanding kali ini setelah menarik diri dalam pemilihan 2007," katanya.

No comments:
Post a Comment