Share |

Monday, 30 August 2010

Merdekakan Namewee

Oleh : Shen Yee Aun

Merdekakan Namewee

Menjelang Hari Kemerdekaan yang ke 53 negara kita masih belum lagi merdeka sepenuhnya. Kita masih lagi dijajah oleh politik perkauman yang dimainkan tanpa sebarang had dan batasan. Negara maju sedang sibuk bersaing dan berpolitik dengan polisi yang terbaik negara Malaysia masih lagi cuba menjadi raja dalam mempermainkan emosi rakyat.

Saya cukup terkilan dan benggang dengan Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang mencadangkan supaya tindakan diambil terhadap Namewee. Keadaan ini sekali membuktikkan ahli politik negara kita masih lagi dijajah untuk mencari isu tertentu demi mendapat publisiti murahan yang tidak menguntungkan.

Saya lagi terperanjat apabila Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak yang sebelum ini saya rasa beliau cukup bijak dalam pelbagai isu yang melanda negara kita tetapi kali ini kedangkalan beliau dipaparkan apabila beliau mencadangkan tindakan undang – undang harus dikaji dan diambil terhdap Namewee.

Saya cabar mana – mana individu untuk membuktikkan termasuk Rosnah dan Najib untuk membuktikkan terlebih dahulu setiap segala yang dilemparkan oleh Nawemee merupakan satu fitnah dan bukannya kebenaran terlebih dahulu.

Dalam isu ini Namewee hanya menyuarakan suara rakyat yang kecewa dengan tindakan seorang pengetua sekolah yang kurang ajar dan biadap dalam kata – katanya. Sehingga hari ini tidak kedengaran sebarang suara daripada PUTERI UMNO untuk mencadangkan tindakan diambil terhadap pengetua yang melampaui batasnya. Tidak kedengaran juga cadangan seorang Perdana Menteri yang sebelum ini saya anggap cukup bijak untuk mengheret guru ini ke muka perundangan dan pengadilan.

Keadaan ini sekali lagi memaparkan sifat hiprokrit ahli politik negara kita yang berwajah dua dan bermuka talam dalam menangani isu yang melanda negara kita.

Bagaimana kita boleh katakan video tersebut boleh mencetuskan masalah perkauman dalam negara kita sedangkan Namewee hanya menyerang seorang individu yang bersifat perkauman? Lagipun pengetua tersebut diserang , dimaki dan dicaci oleh pelbagai pihak. Cuma individu yang berbeza menyerangnya dari sudut dan dimensi yang berbeza.

Ada yang menggunakan blog dan tulisan. Ada yang berceramah tentang isu ini. Tidak kurang juga ada yang menggunakan unsur muzik dan seni untuk menyerang pengetua yang kurang ajar ini. Pendekatan kita berbeza tidak menandakan kita bersifat perkauman.

Jika seseorang didakwa membunuh seseorang pun dalam mahkamah perkara yang menjadi persoalan paling utama adalah motif pembunuhan tersebut. Oleh itu dalam isu ini Namewee yang tidak memiliki sebarang kepentingan politik dan peribadi maka apa yang Namewee dapat daripada hasil kreativiti seni beliau?

Namewee suruh dianggap cukup baik terhadap pengetua tersebut apabila dalam video tersebut hanya menyuruh pengetua tersebut memakan buah pisang. Jika saya ada bakat seni seperti Namewee makanan pisang sudah dianggap terlalu baik untuk insan sedemikian. Saya cadangkan pengetua tersebut makan najis. Seseorang tua yang sudah matang dan memiliki tanggungjawab untuk membawa anak – anak muda kita ke arah kemajuan pula bertindak sebaliknya.

Jangan sesekali libatkan Namewee dalam politik negara demi kepentingan politik sendiri. Apakah pendirian PUTERI UMNO dalam segala isu perkauman yang dicetuskan oleh Ibrahim Ali dan PERKASA? Apakah pendirian PUTERI UMNO dalam isu – isu yang dimainkan oleh akhbar Utusan Melayu ? Apakah pendirian PUTERI UMNO dalam isu Ahmad Ismail di Pulang Pinang?

Kini Namewee sudah secara terbuka mencabar PUTERI UMNO berdebat dengannya. Jika benar Puteri UMNO mempercayai Namewee tidak patriotik maka sila beranikan diri berdebat dengan Nawemee. Jangan berani seperti harimau mahu tindakan diambil terhadap Nawemee tetapi takut seperti seekor tikus apabila seorang anak muda seperti Namewee untuk berdebat dengannya. Buktikkan dengan fakta , hujah dan kebijaksaan jika benar Namewee ini tidak patriotik.

Jika PUTERI UMNO mampu membuktikkan Namewee tidak patriotic dalam perdebatan terbuka maka rakyat dan masyarakat sendir yang akan menghukum Namewee.

Lagipun Namewee sudah dianggap cukup berlembut dan bersopan dalam isu ini apabila video tersebut sudah dikeluarkan daripada Youtube. Apa lagi yang anda semua yang memiliki kepentingan politik daripada Namewee hendak lagi daripadanya?

UMNO jangan terus lagi tersilap langkah dan pendekatan politik. Facebook Namewee sudah memiliki 250 000 peminat dan angka ini merupakan satu angka yang lebih banyak daripada Dato Seri Anwar Ibrahim yang hanya memiliki 157 000 dan Najib yang hanya memiliki 70 000. Jangan paksa Namewee terjun ke dunia politik. Jika tidak anda akan sukar mengawal pengaruh Namewee.

Biarlah anak muda seperti namewee berjuang dalam dunia hiburan , muzik dan kesenian seperti yang diminatinya. Jangan asyik hendak mencari publisiti murahan politik dengan mengacau kehidpuan dan kesenian beliau. Bakat Namewee adalah ‘1 in 26 million’. Percayalah jika Namewee diberi sokongan , bimbingan dan dorongan yang baik maka tidak lama lagi atau akan wujud satu hari yang Namewee boleh mengharumkan imej negara di persada dunia dengan hasil kerja dan seni muziknya yang cukup kreatif dan baik.

Akhir kata , PUTERI UMNO jangan menjadi pengecut dan tikus. Sahutlah cabaran Namewee untuk berdebat jika benar – benar ikhlas hendak membuktikkan Namewee bersalah dan ikhlas memperjuangkan kebenaran , kebaikkan dan kebenaran. Anda hanya takut jika perjuangan anda sebelum ini tidak ikhlas. Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Salam Kemerdekaan

No comments: