Share |

Friday, 11 June 2010

Warkah terbuka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong : 'hepi besday, sir !'

Daulat Tuanku !!

Rasanya tak terlambat untuk cheGuBard mengucapkan salam selamat sempena Hari Keputeraan Tuanku DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong pada 4 Jun lepas. Alhamdulillah rakyat telah dikurniakan cuti untuk beristirehat bersama keluarga dari kesibukan tugasan semasa sekurang - kurangnya sehari berkat Hari Keputeraan Tuanku.

Sempena hari Keputeraan juga telah terkunia bukan sedikit pingat - pingat kepada perbagai jenis manusia dari dalam dan luar negara yang hidup dan tak dilupa telah meninggal dunia dengan membawa perbagai gelaran kurniaan raja. Harapnya kurniaan pingat ini hendaknya atas jasa mereka ke atas negara ini bukanlah kerana kedudukan mereka atau lobi pemimpin tertentu regim parti penguasa. Agar nanti apabila dia bertukar parti tidak ditarik semula pingatnya seperti Chua Jui Meng mantan memanda Menteri. sila klik sini

Sempena Hari Keputeraan Tuanku cheGuBard selaku anak muda yang berdiri atas nama sebuah perkumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan taat setia kepada Tuanku dan institusi beraja dalam negara berdasarkan perlembagaan negara.

Cuma selaku anak muda tidak dapat diselindungkan kekhuatiran memikirkan bagaimana untuk memastikan terus institusi beraja kebanggaan orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia ini dapat terus berkekalan.

Ketika Tuanku dilantik bukan sedikit harapan khususnya anak muda Malaysia terhadap Tuanku selaku pewaris yang agak muda dan berpendidikan dalam mereformasikan institusi beraja dan memberikan nafas baru membentuk persepsi yang lebih menyakinkan dikalangan anak muda. Sudah tercapai atau tidak mungkin tuanku sendiri ada jawapanya.

Intai dan pelajarilah institusi beraja di banyak negara bagaimana peranan dimainkan. Ada yang sudah umpama muzium dan alat keraian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk England tetapi ada juga yang terus kekal dihormati seperti di Thailand.

Mainkanlah peranan sewajarnya di tengah masyarakat yang makin kalut dan kusut. Tuanku sewajarnya jangan takut gunakan kuasa demi kepentingan rakyat. Janganlah hendaknya ada sedikit rasa gusar terhadap regim penguasa.

Dalam perkara Islam dan Melayu setakat ini cheGuBard dan SAMM bersetuju peranan terus dimainkan oleh Raja Melayu sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu. Namun khuatir juga sejak kebelakangan ini banyak sangat penggunaan nama istana diselewengkan dalam perkara ini. Mutaakhir ini, malah banyak 'kenyataan' dan 'titah' juga mula diselewengkan.

Ini bukan zaman Melaka, dunia berkembang pesat sewajarnya isi kandung dalamnya juga harus transform secepat perkembangan dunia jika tidak mahu ketinggalan. Rakyat tidak lagi boleh lagi dipaksa akur membuta tuli. cheGuBard mencadangkan demi mempertingkatkan martabat dan terus mendapat penghormatan selaku Ketua Penguasa dalam perihal agama dan adat istiadat maka Raja Melayu itu sendiri harus diperkasakan lagi. Sesiapa juga yang menjadi Ketua Penguasa Agama seharusnya tahu dan mahir dalam bidang tersebut juga. Tiba masanya Majlis Raja - Raja mensyaratkan agar semua tuanku - tuanku Ketua Agama seharusnya sekurang - kurangnya punya Diploma Pentadbiran dan syariah Islam agar mampu memainkan peranan yang lebih efisyen. Tidaklah hanya menerima nasihat dari seorang dua yang punya kepentingan tertentu. Percayalah dengan ini Institusi ini akan lebih dihormati.

Ingat Institusi ini bukan punya orang Melayu. Institusi beraja ini seharusnya juga dihormati oleh semua bangsa atau keturunan yang diamnya dalam tanah jajahan ini. Untuk itu ruang perbincangan dan pemahaman sewajarnya harus juga sampai kepada semua rakyat.

Sekian sahaja dan sekali lagi cheGuBard ucapkan Selamat Hari Keputeraan moga Tuanku dirahmatiNya dan dibebaskan minda serta roh demi menjalankan tanggung jawab demi memastikan keadilan dan kemakmuran dalam negara.

No comments: