Share |

Thursday, 28 January 2010

UMNO: Rumah ibu tunggal India dirampas

PORT DICKSON, Januari 26- Ibu tunggal bernama Puan Jayarani (44 tahun) yang tinggal di Taman Bandar Sungkala, Batu 6, Jalan Pantai, Port Dickson, tidak mampu membayar cukai tanah selama 6 tahun akibat kemiskinan hidup selepas pemergian suaminya. Kini beliau menerima surat bahawa rumahnya bakal dirampas oleh pegawai dari Majlis Perbandaran Port Dickson ekoran tunggakan bayaran cukai tanah. Puan Jayarani mempunyai 4 orang anak. Dia menjalani kehidupan dengan menggunakan wang sebanyak RM600 yang diberi oleh anak lelaki sulungnya, beliau terpaksa membayar duit ansuran rumah sebanyak RM 200 sebulan. Salah seorang anak perempuannya sedang belajar di kolej luar negeri. Jayarani terpaksa menghantar RM1000 kepadanya tiap- tiap bulan untuk perbelanjaan pendidikan. Anak perempuan kedua beliau telah kemalangan yang menyebabkan kakinya patah dan terpaksa berehat di rumah. Anak bongsunya sedang belajar di sekolah rendah tamil. Puan Jayarani yang sedang bertarung dengan perbelanjaan seharian terkejut mendapat surat yang mengatakan rumahnya bakal disita. (Tamil Nesan 26/01/10 di muka surat 2)

tn-cukai-tanahtn-cukai-tanah-2tn-cukai-tanah-3

No comments: