Share |

Tuesday, 5 January 2010

Kelewatan pembinaan bangunan baru untuk 2 Sekolah Tamil Laporan akan dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini.

Kuala Lumpur, 4 Januari - Walaupun diberi tanah dan peruntukan untuk dua buah sekolah di daerah Kemanyan Pahang, isu kelewatan dalam memulakan kerja pembinaan bangunan baru sekolah tersebut akan dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), kata Mu. Varatharaasu, Ketua Penasihat Persatuan Pengguna Kebangsaan.

Menurutnya lagi, “Saya tidak akan mengundurkan diri atas sebarang ugutan berkaitan dengan isu ini. Kerja pembinaan bagi Sekolah Tamil Ladang Menteri telah dikatakan akan bermula pada 3hb November tahun lepas. Namun sehingga hari ini tidak ada sebarang kerja yang telah dimulakan.

Tapak pembinaan tersebut telah ditumbuhi semak. Selama 29 tahun sekolah ini tidak mempunyai bangunan tersendiri dan yang lebih menyedihkan lagi ialah sekolah ini beroperasi di salah sebuah Sekolah Cina dengan bilangan murid sebanyak 124 orang.

Apakah langkah yang telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab selama ini? Badan Pencegah Rasuah harus menyoal selidik apa yang berlaku ke atas peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri untuk sekolah ini.

bpr4

No comments: