Ceramah saya dan Dato’ Chua Jui Meng di Kulai, Johor, terpaksa dibatalkan kerana permit yang telah pun dikeluarkan, ditarik balik selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno! Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah.
Alasan yang diberikan Ocpd ternyata tidak masuk akal. Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran umno makanya ianya akan dibatalkan? Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat untuk sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai. Tidak wajar polis mengikut telunjuk umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap.
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment