Dari TV Selangor
Usaha Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan maklumat Akta Rahsia Rasmi berhubung tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa mendapat respon amat positif dari penduduk.
Selepas setahun kehilangan punca, para penduduk yang terkesan akhirnya menemui ruang untuk mencari keadilan.
TV Selangor bagaimanapun mendapati penduduk kesal dengan tindakan kerajaan Pusat menyekat pendedahan dokumen itu.
Manakala ada yang berpendapat tindakan kerajaan pusat benar-benar mencurigakan.
“Kita berpendapat bahawa kegagalan untuk clarify dokumen dokumen tersebut hanya menunjukkan kelemahan di peringkat kerajaan pusat itu sendiri,di samping itu mereka bermain politik untuk mencari kesalahan Tan Sri Khalid”,kata wakil penduduk Dr Rafick Khan Abdul Rahman.
Megat Arif Ahmad Kamil pula berpendapat,“Itu yang kerajaan harus siasat sebelum didedahkan kepada rakyat, kerana perkara ni ada berbaur politik sedikit kerana setelah sekian lama kenapa baru sekarang nak dedah”.
Seorang lagi wakil penduduk,Haji Muhd Syuib Lebar pula berkata beliau akan tetap menunggu sehingga punca kejadian yang telah meragut nyawa dan kemusnahan harta-benda didedahkan.
“Saya sabar menunggu ,memang penting yang pertama nak tahu apa sebab tanah runtuh ,mungkin boleh berhati hati dan berjaya cari penyelesaian.dan lebih berhati hati di masa depan”,katanya.
No comments:
Post a Comment