Soalan:
Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [Kapar] minta Menteri Penerangan, Komunikasi , dan Kebudayaan menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan untuk membongkar misteri Kota Purba Linggi yang dikatakan wujud oleh para arkeologi Malaysia.
Tuan Yang Di Pertua,
Kisah kewujudan sebuah kota purba yang dikenali sebagai Linggiu atau Gelanggi bukanlah kenyataan yang di buat oleh para ahli arkeologi Malaysia, tetapi telah di cetuskan dan diuar-uarkan oleh seorang warga negara Malaysia yang menggelarkan dirinya pengkaji manuskrip Melayu dan buku-buku sejarah Melayu. Latar belakang dan pendidikan yang beliau terima di Australia tidaklah membuktikan bahawa beliau adalah seorang ahli sejarah , jauh sekali sebagai ahli arkeologi. Amum begitu dakwaan beliau tentang kewujudan Kota Purba Linggiu di Johor yang diterbitakan dalam jurnal Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society (MBRAS) pada tahun 2004, telah mendapat liputan agak meluas oleh beberapa media tempatan sehingga harapan besar bahawa suatu monumen purba telah di temui serta bakal menyaingi era kewujudan Borobudur di Indonesia dan Angkor Watt di Cambodia.
Bagi membongkar perkara tersebut , pihak Kerajaan telah menjalankan usaha-usaha eksplorasi bagi menjejaki kesahihan kewujudannya pada Mac 2005. Jabatan Muzium dan Antikuiti pada ketika itu telah bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan iaitu; Universiti Sains Malaysia (USM) , Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Perguruan Sultan Ideris (UPSI) serta lain-lain agensi kerajaan dan persatuan seperti Pusat remote Sensing Negara (MACRES), Yayasan Warisan Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Jabtan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Johor dan sebuah persatuan bukan kerajaan, Persatuan Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM). Hasil eksplorasi mendapati bahawa apa yang digambarkan oleh pengkaji tersebut mengenai bukti formasi tembok kota sebenarnya merupakan bekas laluan balak ketika kerja-kerja pembinaan empangan Linggiu dijalankan sekitar tahun 1990. Pokok-pokok resam yang tumbuh di antara jalan-jalan balak tersebut seolah-olah seperti deretan tembok apabila dipandang melalui foto aerial.
Di samping itu, sehingga 30 Julai 2005 penelitian melalui kajian literature, sejarah lisan, survei lapangan , kajian remote sensing, kajian botani, kajian geologi dan survey bawah air serta ekskavasi percubaan yang dijalankan di beberapa kawasan terpilih di hulu sungai Johor seperti empangan Linggiu , sungai Madek, sungai Kahang dan lain-lain mendapati bahwa taida bukti kukuh mengenai dakwaan bahawa Kota Purba Linggiu/Gelanggi telah di temui.
Kesimpulan, kewujudan Kota Purba Linggiu/Gelanggi yang dibuktikan melalui pendekatan sastera, magis dan mitis yang cuba direalitikan melalui pendekatan pseudo arkelogi telah dinafikan kewujudannya berdasarkan penemuan yang diperolehi secara fizikal dan empiris
No comments:
Post a Comment