Share |

Wednesday, 1 July 2009

Isu 'Rosmah Perempuan Puaka' PDRM mula bertindak

rosmah-11

Updates

Terbaru, dua mahasiswa yang ditahan telah diseret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi. Klik disini.

13 Julai nanti, kes ini akan disebut semula di mahkamah yang sama.

Pencinta-pencinta “keadilan” seharusnya membanjiri Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 Julai 2009 ini!

Posting Asal

Klip video Rosmah Mansor Perempuan “Puaka” yang disiarkan oleh Malaysia Today sebanyak tiga siri disini, disini dan disini telah menggemparkan negara.

Isteri pertama Najib yang tiba - tiba ada penyakit gila babi dan diceraikan dengan alasan itu, sebelum berkahwin dengan Rosmah

Banyak perkara yang sebelum ini menjadi rahsia 'terbuka' kini telah menjadi bualan umum. Ramai rupanya yang tidak tahu Rosmah telah berkahwin dan 'menceraikan' suaminya kerana mengejar Najib. Ketika Rosmah 'mengimpit Najib, rumah tangga Najib bersama isterinya porak peranda. Tiba - tiba isteri Najib mengalami penyakit gila babi dan Najib telah menceraikannya kerana penyakit gila babi itu. Namun selepas selesai proses penceraian di Mahkamah penyakit gila babi isteri yang diceraikan itu pulih.

Video tersebut mendapat perbagai respon masyarakat. Diantara reaksi kepada video ini ialah apabila mahasiswa Universiti Malaya menconteng “C4″, “puaka” dan “Altantuya” di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor minggu lalu.

Dua orang mahasiswa telah ditahan berhubung dengan isu ini dan sehingga kini masih belum dibebaskan (apakah polis sudah mendapatkan perintah mahkamah untuk mereman mahasiswa-mahasiswa ini? Jika tidak, diatas Akta apakah polis menahan mereka ini?). Klik disini.

Sebagai susulan daripada penahanan dua orang mahasiswa ini, polis telahpun menggeledah beberapa rumah yang didiami oleh mahasiswa-mahasiswa ini termasuk juga rumah yang didiami oleh mahasiswi. Klik disini.

Ada yang menyifatkan cara mahasiswa ini ditahan seperti apa yang berlaku kepada A. Kugan yang terbunuh dalam tahanan polis tidak berapa lama dahulu. Klik disini.

Terbaru, polis menghubungi seorang pemimpin PKR, che'GuBard mengenai isu video “Rosmah Mansor Perempuan Puaka”. Klik disini. Apakah tindakan yang akan diambil? Masih terlalu awal untuk meneka.

Daripada tindakan-tindakan polis seperti yang dinyatakan diatas, kita boleh melihat betapa “berkuasa”nya isteri PM, Rosmah Mansor.

Polis tidak bertindak aggressif apabila berlakunya kes penculikkan kanak-kanak seperti apa yang berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie.

Polis tidak bertindak aggressif apabila rumah kita dirompak atau berlakunya kes ragut.

Akan tetapi, apabila Rosmah di”ganggu”, polis bertindak tegas, cekap dan cepat.

Diberitakan, polis bertindak sebegini oleh kerana ingin mencari “jawapan lain” dalam isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Tetapi kepada semua blogger mahupun rakyat keseluruhan, dalam isu ini kita tak perlu takut.... semua harus terlibat....kalau seorang dua terlibat dia boleh kuda kuasa polis dan lain - lain untuk tangkap tapi kalau semua terlibat macam mana dia nak tangkap semuanya itu.

(artikel saduran blog amin iskandar)

No comments: