Share |

Thursday, 2 July 2009

Jawapan Parlimen: Pengharaman Hindraf kerana Pengerusi Keluar Negara

Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [Kapar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sebab-sebab Kerajaan mengharamkan pergerakan Hindraf. Apakah kewujudan bukti-bukti yang mengaitkan pergerakan tersebut dengan kumpulan penganas luar Negara.

Tuan Yang Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar. Kumpulan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah kumpulan haram pada 14 Oktober 2008 mengikut peruntukan Seksten 8(1) Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 (Akta 335). Tindakan penahanan lima (5) orang pemimpin Kumpulan Haram Hindraf (KHH) di bawah seksyen 8(1) AKDN 1960 adalah kerana tindak tanduk mereka menganjurkan aktiviti-aktiviti yang jelas mebangkitkan sentiment perkauman dan agama yang serius yang boleh mencetuskan konflik antara kaum dan seterusnya memudaratkan kententeraman awam dan keselamatan Negara. Mereka juga telah menganjurkan perhimpunan-perhimpunan yang membangkitan sentiment sehingga mencetuskan tindakan-tindakan yang berunsur keagamaan.

Maklumat perisikan telah mendedahkan terdapat usaha-usaha oleh Kumpulan Haram Hindraf (KHH) untuk mendapatkan bantuan dan sokongan dari Negara luar. Maklumat perisikan juga melaporakan bahawa lawatan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy , Pengerusi kumpulan ini ke luar Negara pada 28 November 2007 adalah diantara lainnya, untuk mendapatkan sokongan antarabangsa termasuk usaha mengadakan perjumpaan dengan pemimpin LTTE.

No comments: