Kecoh kononya Kerajaan Pakatan Rakyat ini zalim menindas penduduk dengan mengangkat setinggi mungkin kes Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Tanpa menidakkan kes dan hak serta kebajikan penduduk Kampung Buah Pala, che'GuBard juga pernah menulis mengenai seharusnya tindakan lebih tegas dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menangani permasalahan tersebut.
Menyentuh mengenai isu Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, che'GuBard mendesak kerajaan Pulau Pinang menggunakan kuasa yang ada untuk mempertahankan hak rakyat.Namun di Pulau Pinang penduduk Kampung Buah Pala masih bernasib baik kerana kerajaan negeri masih respon dan cuba mencari jalan terbaik menyelesaikan.
Kerajaan Pulau Pinang perlu menghentikan dulu semua proses pencerobohan kampung tersebut. Kemudian mula meneliti semua aspek undang - undang yang ada demi mempertahankan hak rakyat bukan mempertahankan hak syarikat (kapitalis) yang mendapat hak mereka semasa kerajaan negeri di bawah regim Bn yang lalu. Laing penting Kerajaan Negeri harus mengumpulkan peguam 'progresif' yang berjiwa rakyat untuk meneilit kes ini dan bukan sekadar mendengar pandangan Penasihat Undang - Undang Negeri (lantikan Regim Bn) yang pemikiran mereka berpaksikan pemikiran Bn iaitu merampas hak rakyat mempertahankan hak kaum pemodal.
Jika kerajaan Pulau Pinang gagal menangani isu ini dikhuatiri ia akan memberikan imej buruk dan menghancurkan 'hati - hati' rakyat yang mengharapkan perubahan. sila klik sini untuk membaca lanjut
Namun di Negeri Sembilan dalam kes Tanah adat Rembau, kerajaan Regim Umno Bn di Negeri Sembilan pula memilih untuk bertindak pekak, buta dan bisu dalam isu rampasan tanah adat. Penduduk di sini bukan setinggan mereka punya geran tanah. Tanah mereka tanah rizab Melayu, Tanah Adat sebaliknya mereka dilayan lebih parah dari setinggan.
Wartawan yang menulis berita mengenai kampung ini diberi amaran oleh wakil rakyat (ADUN) Chembong agar berhenti dan jangan menulis lagi isu ini. Surat kepada kerajaan negeri termasuk ADUN tidak dilayan langsung.
Beberapa minggu lalu che'GuBard turun bertemu penduduk di situ namun dibawah arahan ADUN Chembong dan Timbalan Ketua Bahagian Umno telah menghubungi Ketua Kampung dan Siak surau di kampung tersebut supaya menyerbu tempat pertemuan kami di sebuah surau yang bakal dirobohkan dalam masa terdekat. Kami dihalau dengan hina, hampir wujud pergaduhan 'fizikal' antara Ketua Kampung, Siak dan penduduk kampung yang tanahnya bakal dirampas.
Media terus 'black out' isu ini. sila klik sini untuk baca surat terbuka kepada Menteri Besar dalam isu ini. Penduduk Kampung sudah pun membentuk Jawatankuasa Bertindak dan mereka telah menghantar petisyen kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang memohon campur tangan menyelamatkan tanah Adat Melayu.
atau klik tajuk dibawah untuk baca lanjut mengenai tanah adat rembau
tanah Melayu akan tergadai kerana kepekakan Umno
No comments:
Post a Comment