Share |

Friday 24 April 2009

Benarkan Mohamad Hassan akan ditukar ?

By Chegu Bard,

Sudah kedengaran agak lama desas - desus mengenai kedudukan Mohamad Hassan (MB Negeri Sembilan) yang tak berapa nak selamat. Ini kerana kononya dia adalah bekas orang Pak Lah dan dinaikkan oleh Khairy. Ini menurut sumber Justify Fullorang - orang Umno lah.

Namun beberapa hari lalu ada dipelawa sembang - sembang sambil dibelanja makan oleh seorang pemimpin Umno di Negeri Sembilan telah mengesahkan kemungkinan ini bakal berlaku wujud.

Mohammad Hassan bukanlah kuat dalam Umno Negeri Sembilan sebelum jadi MB dia tokoh korporat (menurut satu versi cerita lagi dia kawan baik dengan YB Azmin Ali). Dia naik konon atas lobi Khairy Jamaluddin. Setelah naik secara mengejut di Negeri Sembilan dia agak panik kerana tak tahu nak percaya siapa kerana pengaruh Isa Samad cukup kuat lagi. Maka dia telah mengambil abangnya Azman Hassan untuk menjadi Setiausaha Umno Negeri, Setiausaha Umno Rembau dan seterusnya penasihat dan tempat rujukanya. Abangnya yang jauh lebih berpengalaman dalam politik telah mengaturkan perbagai perkara untuknya. Malangnya kegahirahan Azman mengaturkan sehingga mencampuri beberapa urusan kerajaan mengundang rasa kurang senang orang - orang lama di Negeri Sembilan. Begitu juga keghairahan keluarga dan kerabat Hassan dan orang Rantau dalam meraih peluang dengan kerajaan negeri telah menjadikan label di pusat kerajaan anak beranak dan di Negeri Sembilan wujud kerajaan adik beradik.

Namun politik sentiasa bergerak dan berubah. Ada timbul beberapa ura - ura yang agak jelas kebelakangan ini bagaimana Mohamad dan juak - juaknya mula melahirkan rasa kurang senang dengan Khairy. Namun tidak secara terang, kerana itu Khairy masih dibiarkan menang pencalonan Pemuda Umno Rembau. Khairy tidak duduk diam tahu keadaan tidak selesa dia yang mampu menang dalam pemuda Umno langsung tidak menghulurkan tangan kepada Mohamad yang terkapai - kapai tidak cukup undi untuk calon MKT Umno.

cheGuBard ingatkan pertembungan senyap Khairy dan Mohamad akan menjamin tempat Mohamad selaku MB selamat kerana membuktikan kepada Najib dia bukan orang Abdullah.

Nampaknya tidak dari apa yang diterangkan oleh 'pemimpin Umno Negeri Sembilan' dalam pertemuan santai dan makan - makan beberapa hari lalu memang sesuatu sedang hendak berlaku.

Pada 16 April 2009, Azman Hassan (abang MB) telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha Umno Negeri Sembilan. Namun mengekalkan jawatan selaku Setiausaha Umno Rembau. Perletakan jawatan ini bagi mengurangkan tekanan kepada kerajaan adik beradik di Negeri ini.

YB Cikgu Hashim Rusdi, exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Labu dijangka akan mengisi kekosongan Setiausaha Perhubungan Negeri Sembilan.

Pengekalan Rais Yatim sebagai MB juga memeningkan lagi kepada Mohamad Hassan. Walaupun Isa Samad kalah dalam perebutan Naib, ia tidak melegakan Mohamad kerana Isa Samad cukup dikenali sebagai politikus yang licik dan berpengalaman.

Persoalannya cheGuBard cuba lontar kepada teman pimpinan Umno itu ialah siapa nak ganti Mohamad? Dia kata ada banyak tokoh antaranya ialah yang rapat dengan Najib kini ialah Hassan Malek.

Ditanya bukankah Hassan Malek bukan ADUN tetapi ahli Parlimen Kuala Pilah. Mereka kata mungkin akan berlaku pilihanraya kecil nanti. Sekarang mungkin tidak ada sebab sokongan terhadap Bn sedikit terganggu tetapi bila sokongan terhadap Bn di Negeri Sembilan diyakini kuat maka saat itulah Mohammad akan digantikan dengan Hassan Malek. Dengan kerusi Parlimen Kuala Pilah dikosongkan dan bertukar dengan ADUN dalam Kuala Pilah.

Cuma che'GuBard senyum, bukan apa takut sampai 3 pilihanraya nak jadikan Hassan Malek, Menteri Besar tak menang sebaliknya memang NS dapat MB baru tapi dari Pakatan Rakyat sebab dapat rampas 3 kerusi Bn.

Yang kedua dikalangan ADUN juga ada yang mula membina jambatan dengan Najib tak kurang yang mengintai ruang dengan Rosmah. YB Cikgu Hashim Rusdi juga dah mula cium tangan Najib dan Rosmah. Kata teman pimpinan Umno yang makan sama itu ialah Mohamad ni bukan cerdik sangat silap gaya dia ambil Cikgu Hashim ...akhirnya YB cikgu Hashim yang juga Ketua Umno Bahagian Rasah ini juga yang akan dipilih Najib menggantikanya.

No comments: