Timbalan pengerusi PKR Perak menyifatkan kenyataan seorang ahli nya bahawa habuan seks seumpama menerima sedekah, sebagai sekadar "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan", demikian dilaporkan oleh Bernama. "Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah. "Saya boleh komen setakat itu sahaja," kata Zulkifli Ibrahim seperti dilaporkan agensi berita nasional itu. Zulkifli (foto kanan) berkata demikian dalam satu sidang akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, kepada sebuah akhbar bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). Seorang lagi ahli parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR. Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria sebelum ini berkata, kenyataan Zul itu datangnya daripada seseorang yang jahil tentang hukum agama, selain satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan dirinya daripada kesalahan yang telah dilakukan. Dalam sidang akhbar itu, Zulkifli meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 berhubung laporan yang dibuat kepada jabatan itu oleh Zul dan Fairul Azrim pada 23 September lalu bahawa mereka telah diperangkap oleh BPR untuk melakukan hubungan seks masing-masing dengan wanita dari China. 'Minta JAIP siasat' Seksyen berkenaan menyatakan bahawa seseorang yang menganjur, memujuk atau menggalakkan mana-mana orang melakukan apa-apa pekerjaan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan. "Kalau laporan itu tidak disiasat dan tidak diambil tindakan, ini ada masalah pada pentadbiran jabatan agama, dan akan menimbulkan persepsi kepada semua tentang (sama ada) kita serius untuk melaksanakan perundangan enakmen jenayah yang sudah diluluskan kerajaan negeri," katanya. Peguam Mohd Asri Osman, yang mewakili Zul dan Fairul Azrim, ketika ditanya dalam sidang akhbar itu tentang logiknya tindakan mendesak JAIP membuat siasatan itu sedangkan kedua-dua anak guamnya menerima habuan seks itu secara sukarela selain telahpun membuat pengakuan mengenainya, sekadar menjawab: "Itulah sebabnya kita mahu JAIP menyiasat secara objektif." Fairul Azrim pernah ditahan BPR berhubung dakwaan rasuah dan seks membabitkan sebuah projek pembangunan di Seri Iskandar dekat Ipoh tetapi dilepaskan pada 21 Ogos lalu. Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua exco kerajaan negeri Perak dari PKR - Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias - sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari tahun depan di Mahkamah Sesyen di Ip |
Friday, 26 September 2008
Habuan seks ibarat sedekah sekadar 'silap bahasa'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment