Share |

Friday, 19 September 2014

Pengguna FB biadap hina lagu Negaraku

(Kuala Lumpus Post) – Selepas dua hari Negara menyambut Hari Malaysia ke-51, pelbagai kontroversi dan sindiran timbul membabitkan lagu Kebangsaan, Negaraku yang dimainkan di pawagam seluruh negara dan lebih menyedihkan ia dicemuh oleh rakyat Malaysia sendiri.

Terbaharu, status yang di muat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama, Tenashar Low (QiQi) dilihat turut dikecam oleh pengguna di laman sosial ekoran tindakan yang disifatkan sebagai melampau.

Tenashar Low dalam status yang di muat naik mengutuk usaha kerajaan yang mencadangkan lagu Negaraku dimainkan di pawagan dengan menjadikan status yang di muat naiknya sebagai kapsyen kepada artikel yang diterbitkan oleh sebuah portal berita, The Rakyat Post, baharu-baharu ini.

“Government alrdy (already) fucked me everyday, now they aspect me to respect them by standing up while the full of lie songs playing? And after i paid for my bloody ticket that include of A tax B tax C tax? Bitch please o0o!! I just want to enjoy my movie, those who blame others for not standing up, so u (you) think ur (your) country threaten u (you) very good? Idiot (Kerajaan telah menganiaya saya setiap hari, Adakah sekarang mereka minta saya menghormati mereka dengan berdiri semasa lagu (Negaraku) yang penuh penipuan dimainkan? Sudahlah saya membayar harga tiket (wayang) yang termasuk cukai A, cukai B dan cukai C? Saya cuma ingin menikmati filem yang ditonton, kepada mereka yang menyalahkan orang lain yang tidak berdiri, adakah anda fikir negara mengancam anda adalah suatu yang baik? Bodoh),” tulis Tenashar di laman Facebooknya, semalam.

Status tersebut menerima cemuhan daripada ramai pengguna laman sosial yang menyifatkan sikap gadis itu sebagai kurang sopan dan tidak menghormati negara.

Sehingga kini, status yang dimuat naik di Facebook, Friends of BN – Barisan Nasional, itu telah mendapat perkongsian sebanyak 326 dan disukai oleh lebih 2,300 orang.

Sebelum ini, rata-rata portal berita melaporkan gambar segelintir rakyat Malaysia yang tidak berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan di pawagan yang menyifatkan ianya sesuatu yang sia-sia apabila dimainkan di pusat hiburan.

Kerajaan semenjak Ogos tahun lalu telah mengeluarkan kenyataan dimana lagu Kebangsaaan, Negaraku akan dimainkan di seluruh pawagan sebagai salah satu cara menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia, lapor Malaysian Digest.

No comments: