Sekiranya ada kekhilafan berlaku, Anwar mohon ampun dari Sultan Selangor
PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mengeluarkan kenyataan pencalonan satu nama menteri besar merupakan konvensyen sejak zaman kemerdekaan 1957.
Menurut Anwar, beliau merujuk kenyataan daripada Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani dan Istana Selangor mengenai soal amalan (convention) itu berdasarkan pengetahuannya yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Saya ingin saya jelaskan dan ingin menyatakan apa yang berlaku adalah dalam pengetahuan saya terutama sepanjang saya dalam kerajaan UMNO-BN, sejak 1982 hingga 1998.
“Sekiranya ada kekhilafan berlaku, saya mohon ampun dari Sultan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Istana Selangor hari ini menafikan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar-akhbar tempatan berikutan penghantaran nama calon Menteri Besar.
Menurut satu kenyataan media oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani, kenyataan Anwar Ibrahim bahawa hanya satu nama calon Menteri Besar sudah dijadikan amalan sejak 1975 tidak tepat dan mengelirukan rakyat.
Mohamad Munir berkata, sewaktu pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN), pemilihan calon Menteri Besar Selangor dipersembahkan kepada Sultan Selangor oleh Perdana Menteri melalui Majlis Menghadap Sultan.
“Semasa Majlis tersebut, Perdana Menteri akan menyembahkan beberapa nama calon yang difikirkan layak untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.
“Kemudian, daripada senarai nama calon-calon tersebut, Sultan Selangor akan memilih hanya satu orang calon untuk dilantik sebagai Menteri Besar,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Manakala pada tahun 2008, Sultan Selangor menitahkan PKR, DAP dan PAS membincangkan calon-calon nama untuk menjadi Menteri besar Selangor berikutan kemenangan parti tersebut di Pilihan Raya Selangor.
Setelah sepakat untuk mengesyorkan beberapa nama calon, Sultan Selangor melalui Mohamad Munir telah meminta dua nama calon dan PR telah sebulat suara mencalonkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Sultan Selangor telah melantik Khalid setelah beliau memenuhi kriteria-kriteria untuk menjadi Menteri Besar dan menepati syarat-syarat yang telah diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Pada 2013 pula, Sultan Selangor menitahkan melalui Mohamad Munir agar PR mencadangkan empat nama calon Menteri Besar. Walau bagaimanapun, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Wan Azizah ada membuat kenyataan dalam kempen Pilihanraya Umum ke-13, Khalid tidak semestinya kekal sebagai Menteri Besar.
Namun, ketua-ketua parti dalam PR telah menulis surat kepada Sultan Selangor agar mengesyorkan Khalid kekal sebagai Menteri Besar.
Walaupun pada masa yang sama baginda telah menerima beberapa lagi nama calon, namun baginda berkenan supaya Khalid kekal dengan jawatan tersebut kerana Khalid mempunyai hubungan yang baik dengan pihak Istana dan juga rakyat Selangor.

No comments:
Post a Comment