Share |

Friday, 12 September 2014

Demi berjihad di Syria, saya tidak akan pulang

Demi berjihad di Syria, saya tidak akan pulang

PETALING JAYA: Seorang lagi rakyat Malaysia yang menyertai perjuangan, Ajnad As Syam telah meninggal di Syria menjadikan jumlah rakyat Malaysia yang terkorban seramai empat orang.

Terbaru Mohammad Fadhlan Shahidi yang menjejak kaki ke Syria Mei lalu terkorban dalam serangan hendap yang dilakukan oleh tentera Bashar al-Assad.

Allahyarham Mohamad Fadhlan antara sekumpulan kecil yang berhijrah ke Syria sebelum ini bertegas untuk menyertai Ajnad As Syam bagi memerangi tentera Bashar al Assad yang berpusat di Kafr Zayta, Hamah.

“Ketegasan itu seiring dengan niatnya untuk berjihad selain bersedia berdepan apa jua keadaan, walaupun berdepan kematian,” kata Allahyarham.



Mereka yang menganggotai kumpulan itu diberi gelaran seakan nama penduduk tempatan dan dia digelar Abu Muhajir.

Anak muda berusia 21 tahun dari Kulim, Kedah ini sanggup meninggalkan ahli keluarga tercinta demi mengejar ‘jihad’ di bumi Syam (Syria).

“Niat untuk berjihad sudah lama ada, cuma tidak tahu caranya. Alhamdulillah, ALLAH SWT memberi saya peluang mendalami agama sebelum berangkat ke Syria. Semuanya ada hikmah,” katanya sebelum ini menerusi akaun Facebooknya.

Ibu kepada Allahyarham, Fatimah Md Lazim, 55, berkata beliau redha dengan apa yang berlaku terhadap anaknya.

“Kami tidak sangka sama sekali tragedi itu boleh menimpa dirinya tetapi kami yakin dan percaya dia ada keikhlasan untuk sama-sama berjuang bila berada di negara itu (Syria),” katanya.

Jelas Fatimah beliau menerima panggilan daripada anaknya itu sebelum berlepas ke Syria.

Fatimah berkata dia tidak dapat menahan kehendak anaknya itu memandangkan usianya telah mencecah 21 tahun.

“Dia ada ilmu agama setelah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bukit Jelutong dan selepas itu menyambung pula di sebuah pondok di Kampung Ulu Bakai di sini,” katanya.

Akhbar tempatan melaporkan turut cedera dalam pertempuran itu adalah lima lagi rakyat Malaysia iaitu Mohd Lofti Ariffin yang dikatakan parah dan masih tidak sedarkan diri.

No comments: