Ketua Pemuda PBB, Datuk Haji Fadillah Yusof berkata, perhimpunan itu dikhuatiri akan mencetuskan pertelagahan antara kaum di Sarawak.
KUCHING: Tindakan Persatuan Anak Muda Sarawak untuk mengadakan Perhimpunan Haram di Padang Merdeka, 31 Disember ini, mendapat kecaman dari Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mencetuskan suasana tidak tenteram, huru-hara dan menjejaskan keharmonian kaum yang dinikmati rakyat pelbagai kaum selama ini.
“Tindakan pihak terbabit sama sekali bercanggah dengan nilai-nilai budaya di Sarawak yang dihuni kira-kira 30 suku etnik yang selama ini hidup aman dan harmoni,” tegasnya.
Malah, katanya, rakyat beragama Kristian baru sahaja menyambut perayaan Krismas dalam suasana aman harmoni dengan budaya saling mengunjungi tanpa mengira kaum dan anutan agama berdasarkan konsep 1Malaysia yang menjadi nadi kekuatan perpaduan di Sarawak.
Menteri Kerja Raya itu menasihati rakyat di semua peringkat usia supaya tidak terpengaruh dengan hasutan persatuan terbabit atau mana-mana pihak berkepentingan yang mahu mencetuskan suasana huru-hara dan porak-peranda menerusi perhimpunan sedemikian.
“Kita perlu sama-sama memelihara keharmonian kaum dan keamanan di negara ini dengan menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan rasa tidak puas hati, bukannya bertindak melakukan perhimpunan yang kononnya aman tetapi boleh bertukar menjadi insiden yang tidak diingini,” katanya.
Tambahnya, negara ini memiliki saluran demokrasi berparlimen dan Dewan Undangan Negeri atau kepada kementerian untuk menyampaikan rasa tidak puas hati atau apa jua masalah tanpa perlunya mencetuskan huru-hara.
“Saya menggesa semua pihak memelihara keamanan dan keharmonian kaum dengan menghindarkan diri daripada terlibat dengan perhimpunan sedemikian demi mengelakkan kejadian tidak diingini tercetus di negara yang kita cintai ini,” ujarnya.
PBB akan memantau keadaan dan akan membuat laporan polis sekiranya perlu.
Jika tidak, perkara itu mampu mengganggu keharmonian dan kestabilan yang akan dikecapi menjelang ambang tahun baru nanti dengan insiden yang tidak dijangka.
“Justeru, kita perlu sama-sama memfokuskan perhatian dalam usaha untuk membangunkan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat, bukan sebaliknya.
“Apa yang kita harapkan adalah sambutan kali ini diraikan secara aman tanpa melibatkan perhimpunan jalanan yang diharapkan oleh pihak tertentu untuk mengucar-kacirkan keadaan,” katanya.

No comments:
Post a Comment