Justeru, kerajaan diseru untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang yang tidak bertanggungjawab ini.
KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin berkata, anak muda berasa marah apabila melihat ada pembaziran, ketirisan dan sebagainya oleh kerajaan yang tidak dapat dijelaskan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

“Jadi saya dan (sayap) Pemuda sokong Presiden (yang) telah umumkan satu jawatankuasa di bawah Ketua Setiausaha Negara bertindak atas laporan Ketua Audit.
“Kita mintaklah kalau ada laporan itu yang dapat dijelaskan, kita jelaskan.
“Tetapi yang tak dapat kita pertahankan, sedangkan kita minta rakyat ikat perut, kita minta macam-macam kenaikkan tetapi tindakan tidak diambil ke atas mereka yang jelas rasuah, yang jelas ketirisan dan sebagainya mereka berasa marah dengan kita. Ambilah tindakan Presiden, kita sokong,” tegasnya lagi.
Dalam ucapan penggulunggan Ketua Pemuda Umno itu juga menekankan keperluan untuk memberi bantuan lebih kepada golongan muda terutamanya yang tinggal di bandar lantaran tekanan ekonomi yang menghimpit kehidupan mereka.
Khairy, dalam penggulungan hujahnya dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 berkata kesempitan hidup anak muda kini merupakan satu realiti, bukan kerana amalan gaya hidup yang luar dari kemampuan mereka.
“Satu kajian telah menunjukkan 75% golongan muda yang duduk di bandar dengan gaji kurang daripada RM3500, mereka ini bila sudah bayar (pinjaman) kereta, rumah dan membeli makanan, mereka ini tidak punya baki sesen pun menjelang akhir bulan.
“Mereka ini tidak muflis, menganggur tetapi hidup dalam kehimpitan,” katanya lagi.
Beliau turut menambah Program Rumah Transit perlu ditambah lagi bagi menampung keperluan anak muda terutamanya yang tinggal di dalam bandar.
“Terima kasih kepada Presiden (Umno) kerana beri peruntukan tambahan kepada Kementerian Perumahan tetapi saya minta bagi lagi peruntukan sebab tak cukup 6% rumah transit yang akan dibina dalam kawasan bandar tahun depan bagi menampung keperluan anak-anak muda,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment