Share |

Saturday 7 December 2013

‘Cipta seorang jutawan Melayu setiap dua hingga tiga tahun’

Seandainya satu GLC diberi tempoh dua hingga tiga tahun untuk wujudkan satu jutawan maka lima GLC dapat wujudkan lima jutawan dalam tempoh dua tahun.

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disaran untuk mencipta seorang jutawan Melayu setiap dua hingga tiga tahun bagi memperkasakan ekonomi Melayu.

Wakil Selangor Mohd Haniff Koslan berkata demikian dalam sesi perbahasan usul ekonomi Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini.

“Kalau tak susah, saya cadangkan supaya GLC wujudkan jutawan Melayu.

“Seandainya satu GLC diberi tempoh dua hingga tiga tahun untuk wujudkan satu jutawan maka lima GLC dapat wujudkan lima jutawan dalam tempoh 2duatahun. Dalam 10 tahun akan ada 10 jutawan Melayu,” katanya.

Namun, Mohd Haniff mengakui perkara ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai dan harus dipantau oleh kerajaan.

“Kita kena ingat, bukan mudah wujudkan jutawan…kita kena ada Indeks Prestasi Utama (KPI) dan audit dalam supaya GLC ini dapat melaksanakannya,” tambah Mohd Haniff lagi sambil menegaskan pelaksanaan sesuatu rancangan tidak cukup kalau tidak diapantau.

Beliau turut berkata orang Melayu tidak mendapat tempat strategik untuk berniaga.

“Mana Melayu nak berniaga, Melayu tak dapat tempat yang strategik untuk berniaga seperti di Pavilion dan KLCC.

“Ramai Melayu pandai berniaga sebenarnya justeru itu perlu wujudkan satu badan khusus untuk membantu orang Melayu berniaga,” jelasnya lagi.

Beliau turut mendakwa bahawa orang Melayu sukar untuk berniaga di Selangor.

“Kami di Selangor nak berniaga bukan senang, kerajaan (negeri) ada tiga parti yang berlainan ideologi.

“Bila kita minta sesuatu, memang kami dianak tirikan. Yang hairannya bila minta dari satu, dia hala kepada yang lain,” katanya lagi.

No comments: