Dakwaan mengatakan berlaku penyalahgunaan kuasa itu sama sekali tidak benar kerana polis hanya menjalankan siasatan
JEMPOL: Polis Jempol hari ini menafikan bahawa pihaknya melakukan gertakan terhadap peneroka GATCO merujuk kepada laporan FMT semalam yang bertajuk ‘Jangan gertak peneroka GATCO’.
Dihubungi FMT hari ini, Ketua Polis Daerah Jempol, Suprintendan Hamzah Alias berkata polis mengambil tindakan berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh pengadu iaitu Thamarai Holdings.
“Dakwaan mengatakan berlaku penyalahgunaan kuasa itu sama sekali tidak benar kerana polis hanya menjalankan siasatan atas laporan polis yang diterima dari Thamarai Holdings.
“Sekiranya peneroka terbabit ingin menidakkan apa-apa yang mereka tidak puas hati, mereka juga boleh buat laporan polis.
“Dakwaan peneroka bahawa pihak polis telah mendakwa tiga peneroka yang ditahan pada 27 Julai tu adalah tidak benar.
“Kita hanya menahan mereka untuk menjalankan siasatan. Kita telah merakamkan percakapan dan kertas siasatan telah diberikan kepada Timbalan Pendakwaraya,
“Kes ini masih dalam siasatan dan ketiga-tiga peneroka itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
“Saya juga ingin menafikan bahawa pihak polis mengugut peneroka. Sebaliknya pihak polis memberi nasihat kepada peneroka agar jangan melakukan pencerobohan,” kata Hamzah.
Hamzah berkata sebelum ini pihak polis sudah menasihatkan peneroka agar jangan menoreh di ladang getah GATCO.
Semalam FMT melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waythamoorthy menasihatkan agar pihak polis Jempol tidak melakukan tindakan intimidasi terhadap peneroka Ladang GATCO di Jempol.
Ini berikutan tiga peneroka GATCO iaitu Muhammad Kamisan, Husein Abdul Rahman dan V Arulpurr telah ditahan polis pada 27 Julai lalu.
Mereka ditahan polis ketika menoreh getah dan dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas didakwa atas Seksyen 447 Kanun Keseksaan bersabit tuduhan kesalahan menceroboh dengan niat melakukan jenayah.

No comments:
Post a Comment