Orang India sudah tidak percaya pada Najib, mereka tidak mahu ‘Nambikai’ tetapi ‘Urimai’, kata S Manikavasagam, ahli parlimen Kapar.
SENAWANG: Ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam dari PKR menggambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan undi kaum India.
Manikavasagam atau lebih popular dikenali sebagai Mike di kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat berkata demikian dalam satu program ceramah anjuran PAS Rembau di Senawang malam kelmarin.
“Najib pergi Batu Caves tahun lepas ketika sambutan Thaipusam dan berkata ‘Nambikai’, ‘trust us’ dan ‘tolong kita’ pada ratusan ribuan masyarakat India yang hadir. Apa itu ‘Nambikai’? Bermaksud percaya pada saya (beliau).
“Orang India sudah tidak percaya pada Najib. Mereka tidak mahu ‘Nambikai’ tetapi ‘Urimai’. Apa itu ‘Urimai’? ‘Urimai’ itu bermaksud hak. Masyarakat India mahu hak mereka yang sewajarnya.
“Najib datang Batu Caves pakai ‘Jippa’ (Pakaian tradisional kaum India).Tidak lama lagi kalau anda suruh dia ambil kavadi pun, mungkin dia ambil kavadi,” kata Mike berseloroh dan gelak ketawa lebih seribu masyarakat Melayu menggamatkan lagi suasana ceramah.
Mike juga berkata Najib tidak mengotakan janji beliau kepada masyarakat India di Kapar.
“Pada sambutan Pesta Ponggal di Kapar pada tahun lepas, Najib berjanji akan membina krematorium (Pusat Pembakaran Mayat) di Kapar.
“Najib juga berjanji akan membina sebuah blok bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Methodist Kapar.
“Perayaan Ponggal untuk tahun ini pun sudah selesai. Dah habis setahun, sampai hari ini saya belum nampak sebarang krematorium dan sebuah bangunan sekolah yang beliau janjikan.
“Inilah dia ‘Janji DiTepati’ oleh Najib,” kata Mike dan orang ramai yang hadir bertepuk tangan.
Jangan politikkan isu Lahad Datu
Sementara itu Mike juga meminta semua pihak agar tidak memperpolitikkan insiden pencerobohan bersenjata Sulu.
“Lapan anggota polis yang terkorban merupakan perwira dan hero negara. Mereka sanggup
berkorban demi negara.
“Pengorbanan kelapan-lapan anggota polis itu harus dihargai semua pihak.
“Saya bersama kepimpinan PAS, DAP dan PKR Kapar sempat memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran di kediaman bapa Mohd Azrul di Rantau Panjang, Kapar sebelum pengkebumian,” tambah Mike.
10 comments:
Dalam perebutan MIC untuk mendapatkan undi India, salah satu elemen penting dikenalpasti sebagai kunci bagi membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula sokongan yang hilang dari masyarakat tersebut adalah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun terdapat kritikan MIC terlalu bergantung kepada Najib dan BN untuk terus hidup, parti tersebut mengiktiraf kepentingan populariti perdana menteri untuk memacu undi India apabila pilihan raya umum (PRU) diadakan nanti.
Undi India dilihat penting untuk menentukan masa depan BN pada PRU akan datang yang dijangkakan akan menjadi pertembungan sengit di antara gabungan pemerintah dan Pakatan Rakyat (PR) — masih lagi berusia muda itu.
Pemerhati mendakwa Najib dan pemimpin BN sudah hilang keyakinan dengan keupayaan MIC bagi merampas kembali undi India, menyebabkan perdana menteri melibatkan diri secara langsung dengan masyarakat tersebut, yang membentuk hampir 1.8 juta daripada 28 juta penduduk di Malaysia. Hampir 800,000 daripadanya adalah pengundi berdaftar.
Setiausaha Agung MIC Datuk S Murugesan mengakui tidak ada salahnya untuk bergantung kepada “faktor Najib” untuk meningkatkan sokongan masyarakat India dengan menambah merendah diri adalah penting dalam menarik kembali sokongan ke pangkuan BN.“Kita mempunyai PM (perdana menteri) yang bagus… apa salahnya?” katanya.
Oleh itu, kata Murugesan, MIC tidak merasa dihina kerana Najib terus ke akar umbi untuk berkempen dan berbincang dengan pemimpin tempatan masyarakat India, menunjukkan bahawa ini adalah kerja seorang perdana menteri.
Beliau berkata keterbukaan Najib dan keupayaan untuk mendengar membantu menggambarkan pandangan berbeza mengenai BN kepada pengundi India yang dikatakan membentuk tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi.Langkah ini berjaya memujuk ramai masyarakat India kembali menyokong BN dan menenangkan kekecewaan yang dibangkitkan sebelum pilihan raya umum pada Mac 2008, katanya.
Murugesan menambah tidak mungkin kemarahan lalu akan datang sekali lagi dalam PRU ke-13, kerana kerajaan BN, di bawah kepimpinan Najib sudah melakukan dengan baik untuk menenangkan mereka.
“Sebab utama adalah PM menyatakan dengan jelas dan MIC menyatakan dengan jelas bahawa kita mendengar masyarakat India. PM sudah menyatakannya secara terbuka,” katanya.“Saya fikir semasa perhimpunan agung lalu atau sebelumnya, PM turut mengakui beberapa kesilapan dan pengabaian masa lalu.”
Murugesan berkata bahawa dalam tempoh empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, BN dan MIC berjaya untuk membuktikan keperluan masyarakat India tidak akan diabaikan melalui peruntukan bajet khas untuk sekolah Tamil dan usahawan India, lebih banyak program berterusan untuk masyarakat India dan pemberian tunai bagi golongan miskin di negara ini di bawah inisiatif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Post a Comment