KALAICHELVI diiring keluar daripada Mahkahmah |
yang menceroboh rumahnya sebelum cuba menidurinya yang ketika itu sedang mengandung tahun lalu, selepas pertuduhan terhadapnya ditukar daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kepada Seksyen 304A KK.
Dengan penukaran tuduhan itu, S Kalaichelvi, 24, yang mengaku salah secara cuai menyebabkan kematian lelaki berkenaan, dijatuhi hukuman penjara maksimum dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani membuat keputusan itu selepas Kalaichelvi membuat pengakuan itu terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 304A KK kerana menyebabkan kematian M Kumaran, 30, menggunakan sebilah parang dan batang besi di rumah bernombor 124 Jalan Bistari 7, Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung pada kira-kira jam 3 pagi hingga 3.30 pagi, 7 Januari 2010.
Tuduhan asal dihadapi Kalaichelvi bersama suaminya, G Kalipar, 26, adalah mengikut Seksyen 302 KK, namun semalam, pihak pendakwa menukar tuduhan terhadap suri rumah itu kepada Seksyen 304A KK.
Tuduhan terhadap Kalipar yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu feri pula digugurkan tetapi dia kemudian didakwa atas kesalahan melupuskan bukti mengikut Seksyen 201 KK di Mahkamah Majistret Manjung.
Zainal Adzam berkata, Kalaichelvi sepatutnya berdepan tuduhan lebih berat kerana fakta kes menunjukkan kesalahan dilakukan amat kejam, namun pihak pendakwa meringankan tuduhan.
“Dalam kes ini turut menunjukkan ada usaha membawa mayat dan membuangnya. Oleh itu, hukuman yang patut dikenakan terhadap tertuduh adalah dua tahun penjara (hukuman penjara maksimum) dari tarikh tertuduh ditahan,” katanya ketika membuat keputusan itu.
Pasangan itu ditahan tiga hari selepas kejadian iaitu pada 10 Januari selepas mereka menyerah diri di Balai Polis Sitiawan.
Terdahulu, peguam tertuduh, Charan Singh meminta mahkamah meringankan hukuman berdasarkan beberapa fakta iaitu tertuduh menyerah diri selain kesalahan dilakukan semata-mata bagi melindungi dirinya selepas Kumaran menceroboh masuk rumah tertuduh dan kemudian enggan keluar walaupun tertuduh mencurah serbuk kari ke muka dan memukulnya dengan batang besi sebelum menggunakan parang.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Laila Mohamed Nazil memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berdasarkan kecederaan berganda di kelapa si mati akibat tetakan bertubi-tubi oleh tertuduh.
Mengikut fakta kes, Kalaichelvi dan Kumaran yang mengenali antara satu sama lain, saling berhubung melalui telefon pada hari kejadian sebelum Kumaran memecah masuk rumah itu melalui pintu belakang pada kira-kira jam 3 pagi dan meminta tertuduh melakukan hubungan intim bersamanya dengan menarik baju dan rambut tertuduh memasuki bilik tidur.
Tertuduh sempat mencurah serbuk kari ke mata Kumaran sebelum mengambil sebatang besi di dapur lalu memukulnya bertubi-tubi di kepala mangsa. Apabila Kumaran merampas batang besi itu, tertuduh mencapai parang lalu menetak mangsa beberapa kali menyebabkannya berundur dan jatuh di ruang tamu.
Kira-kira sejam kemudian, tertuduh bersama suaminya membungkus mangsa dan membuangnya ke dalam air di kawasan pembetong di tepi Jalan Lekir, Sitiawan.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/06/04 (hmetro.com.my)
No comments:
Post a Comment