Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman yang dibawa oleh seorang ahli perniagaan, yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri itu.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan mengarahkan menteri itu untuk membayar RM5,000 sebagai kos.
Ahli-ahli panel yang lain ialah Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali.
Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2007, mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari, 2006.
Keputusan itu dicapai selepas mahkamah mendengar penghujahan peguam Shamsul Bahari Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid, dan memutuskan bahawa ia tidak perlu bagi peguam, Amir Bazli, Karpal Singh, untuk membuat penghujahan.
APA SEBENARNYA BERLAKU
Ini adalah percintaan antara Amir Bazli Abdullah, seorang duda dengan anak kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah seorang janda. Percintaan ini tidak direstui oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Bukti percintaan ini bukan susah untuk pihak polis temui dan mungkin amat mudah untuk pihak polis menerbitkan motif serangan terhadap Amir Bazli Abdullah.
Percintaan ini berlaku pada awal tahun 2005. Kronologi bermulanya perkenalan antara Amir Bazli Abdullah dan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi telah diterangkan dalam Afidavit guaman Sivil No MT1-22-1151 Tahun 2007 setelah dinasihatkan oleh peguam agar tuntutan sivil di buat memandangkan sehingga ke waktu ini, Polis gagal bertindak terhadap laporan jenayah terhadap Dato Ahmad Zahid Hamidi.
Kronologi pertemuan antara Amir Bazli Abdullah dan Nurulhidayah Ahmad Zahid Hamidi.
1. Saya telah menyertai konvoi “Big Biker” pada sekitar bulan Ogos 2005 dengan menaiki sebuah motosikal kepunyaan adik saya;Lampiran keseluruhan writ saman, afidavit pertama Dato’ Zahid Hamidi dan Afidavit jawapan Amir Bazli Abdullah disertakan. Perlu diingat ini adalah tuntutan sivil Amir Bazli Abdullah atas nasihat peguam “Karpal Singh and Company” kerana kes laporan polis terhadap jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidimasih belum diselesaikan oleh polis.
2. Pada masa tersebut, saya tidak mengenali anak defendan bernama Nurul Hidayah tersebut ataupun anak kecilnya;
3. Saya hanya mula mengenali Nurulhidayah pada sekitar bulan September 2005 dan beliau telah pun memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah pun bercerai dengan suaminya di sebuah cafe bermana “saloma” di Kuala Lumpur.
4. Selepas itu saya dengan NurulHidayah telah menjalinkan satu perhubungan di mana Nurulhidayah telah pun memaklumkan bahawa beliau telah pun jatuh cinta dengan saya;
5. Nurulhidayah telah pun dengan sendiri bercadang ke Kota Bharu dengan saya secara rela pada bulan Disember 2005 bersama anak kecilnya tersebut;
6. Justeru itu, Nurulhidayah juga telah pun bercadang agar saya menyewa sebuah rumah pangsa di Kajang seperti yang dinayatakn di dalam perenggan 5 Afidavit tersebut dan saya telah pun berbuat demikian pada bulan November 2005 di mana Nurulhidayah dengan sendirinya telah menandatangani Perjanjian Sewa yang berkenaan tersebut sebagai seorang saksi yang dilampirkan bersama di sini sebagai aksibit “AB-1”
7. Saya juga menyatakan bahawa selepas saya menyewa rumah pangsa di Kajang tersebut, Nurulhidayah dengan sendirinya telah pun secara rela datang tinggal di sana dengan anaknya dan juga pembantu-pembantu rumahnya;
Tuntutan dalam writ saman Amir Bazli Abdullah ada menyatakan dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku pada 16.01.2006. Berikut kami dedahkan writ saman Amir Bazli Abdullah dalam melihat apa sebenarnya berlaku. Berikut adalah kronologi insiden pemukulan Amir Bazli Ahmad dan pembabitanDatuk Ahmad Zahid Hamidi.
APA YANG BERRLAKU PADA 16.01.2006
1. Pada 16.01.2006, jam lebih kurang 10 malam, apabila plaintif (Amir Bazli Abdullah) sedang mengisi petrol ke dalam keretanya di Stesen Petrol sebelah UNITEN, Bangsi, agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telahmengugut dan membawa plaintif dengan paksaan, ke sebuah kelab rekreasi di kawasan kediaman Country Heights, Kajang.Inilah sebenarnya berlaku. Malang sehingga ke hari ini masih tidak terdapat tanda-tanda bahawa Amir Bazli Abdullah akan mendapat pembelaan yang setimpal dan paling malang adalah anggapan yang boleh kita lihat mengenai sistem kepolisan kita yang nampak gagal berfungsi dengan sewajarnya.
2. Apabila dibawa ke kelab rekreasi tersebut, plaintif (Amir Bazli Abdullah) telah melihat Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) bersama suami anaknya,Hisham dan seorang anaknya yang dikenali sebagai KK di sana. Bersama-sama mereka juga terdapat beberapa orang yang merupakan agen dan pekerja Defendan (Dato Ahmad Zahid Hamidi).
3. Plaintif plid (maklum) bahawa apabila beliau menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi), Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telahmenumbuk plaintiff dengan kuat di mukanya menyebabkan tulang hidungnya patah.
4. Plaintif juga plid (maklum) bahawa akibat daripada tumbukan daripada Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) tersebut, mata kiri plaintif (Amir Bazli Abdullah) telah menjadi bengkak sehingga beliau tidak lagi dapat membuka mata kirinya.
5. Setelah menerima tumbukan pertama daripada Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi), agen-agen defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) yang berada di sana telah mula memukul plaintif bersama-sama dengan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi)
6. Plaintif memplid (maklum) bahawa Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) dan/atau agen-agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mendatangkan kecederaan teruk kepada bahagian muka plaintif (Amir Bazli Abdullah) dengan sebuah objek keras.
7. Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut untuk membunuh plaintif (Amir Bazli Abdullah) berulang kali apabila berkata kepada plaintif (Amir Basli Abdullah)“kau akan ditanam”
8. Agen Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) bernama Hisham di bawah arahan Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengugut untuk membunuh plaintif (Amir Bazli Abdullah) apabila berkata “aku dah ingatkan kau, aku sanggup mandi darah dengan kau”
9. Defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) dan atau agen-agen defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) telah mengurung plaintif (Amir Bazli Abdullah) secara tidak sah di kediaman defendan (Datuk Ahmad Zahid Hamidi) di 389, Jalan Bayu Nyaman, Country Height, 43000 Kajang, Selangor sehingga jam 2 pagi hari berikutannya iaitu 17.1.2006.
Sebelum kita pergi lebih lanjut untuk membuktikan bahawa semua urusan untuk mendapatkan pembelaan bagi Amir Bazli Abdullah gagal maka kita perlu melihat bentuk kecederaan yang dialami dan laporan Hospital yang membuktikan kesahihan kecacatan dan keadaan yang menimpa Amir Bazli Abdullahakibat di pukul.
Berikut adalah kecederaan yang ditimpa oleh Amir Bazli Abdullah atas perbuatan Dato Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam writ saman Amir Bazli Abdullah, berikut adalah kecederaan yang di alami oleh beliau:
1. Plaintif telah mengalami DEPRESSED FACIAL BONE FRACTURE dan NASAL BONE FRACTURE dengan DEVIATED NASAL SEPTUMBerikut adalah laporan perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia. Laporan ini diterima setelah mangsa berkali-kali memohon laporan tersebut untuk diserahkan kepada mangsa. Amir Bazli Abdullah telah meminta peguamnya Karpal Singh and Co untuk memohon laporan dan akhirnya laporan itu telah diterima.
2. Plaintif telah mengalami MULTIPLE FACIAL BONE FRACTURES WITH LEFT SUPERIOR OBLIQUE AND SUPERIOR RECTUS MUSCLE INVOLVEMENT
3. Plaintif telah mengalami TRAUMATIC SUBCONJUNCTIONAL HEMORRHAGE di sebelah kiri mukanya dan DEPRESSED FRONTAL BONE FRACTURE
4. Plaintif telah mengalami kecederaan yang tetap di mana keadaan mukanya kini adalah dengan jelas cacat.
Laporan itu kami lampirkan untuk menunjukkan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan kenapa dengan kecederaan sebegitu hebat tidak ada pembelaan terhadap mangsa.
Perbuatan jenayah Datuk Ahmad Zahid Hamidi ini telah memberi kesan seumur hidup terhadapAmir Basli Abdullah. Beliau bukan sahaja mengalami kecacatan fizikal tetapi telah mengalami trauma akibat insiden tersebut.
Datuk Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bertanggungjawab dan sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. Kita kita mahu ada “double standard” dalam sistem perundangan ini dan kita mahu orang seperti Amir Bazli Abdullah ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Lihatlah apa yang terjadi pada muka Amir Bazli Abdullah:
Dengan kecederaan yang begini, apa yang mengharukan adalah ketidakprihatinan pihak polismengenai kecederaan Amir Bazli Abdullah sungguhpun Amir Bazli Abdullah telah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah mangsa yang dipukul.
Laporan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUKM 12) menunjukkan bahawa Amir Bazli Abdullahtelah memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau telah dipukul.
Anda nak tahu cerita lanjut tentang Zahid Hamidi? anda layari di sini.
No comments:
Post a Comment