Share |

Monday 27 February 2012

Pemimpin PKR didakwa kena tangkap khalwat

Pemimpin itu diserbu pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang kira-kira jam 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan PKR didakwa ditangkap berdua-duaan dipercayai bersama wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok awal pagi tadi.

Pemimpin itu diserbu pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Menurut sumber, beliau berada di hotel itu bagi menyertai pertemuan (retreat) bersama pimpinan PKR lain selama tiga hari.

Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diedarkan kepada pimpinan dan anggota PKR lain, pemimpin yang didakwa menafikan hal itu.

Melalui SMS itu, beliau menjelaskan bahawa wanita terbabit mempunyai masalah keluarga, malah beliau turut menasihatinya untuk pulang.

Difahamkan juga pemimpin yang didakwa terbabit turut membuat laporan polis.

FMT tidak dapat menghubungi pemimpin berkenaan untuk mendapatkan ulasan beliau.

No comments: