Kerajaan
Barisan Nasional terus ditekan supaya membuat pertimbangan serius dalam
merealisasikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil.
Setakat
ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa
pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam
aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan
dakwat kekal.
Malah
timbul pelbagai spekulasi negetif terhadap SPR dan JPN dalam isu
kewarganegaraan segera untuk membenarkan warga asing mengundi dan juga
spekulasi memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota RELA dan
penjawat awam selain polis dan tentera. Ini sama sekali bukan satu usaha
baik-pulih sistem pilihanraya tetapi melacur sistem pilihanraya demi
untuk terus berkuasa. Ia tidak selari dengan usaha merealisasi tuntutan
BERSIH 2.0.
Justeru
itu, BERSIH 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang demi
memastikan BN benar-benar menunaikan janjinya terlebih dahulu sebelum
membubarkan parlimen. Tarikhnya sudah dipilih dan akan diumumkan dalam
masa terdekat.
BERSIH
3.0 yang bakal dilancarkan ini juga bertujuan untuk memberi kata dua
kepada Perdana Menteri samada lakukan perubahan sistem pilihanraya
terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan
protes rakyat terbesar dalam sejarah.
BERSIH
3.0 akan turut memantau perjalanan PSC supaya ia tidak
dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu dan
penetapan tarikh BERSIH 3.0 selari dengan peluang yang diberi kepada
kerajaan untuk buktikan penambah-baikkan sistem pilihanraya melalui PSC.
Seandainya
apabila tiba masanya kerajaan terus berdolak-dalik dalam soal tuntutan
BERSIH sebelum ini, BERSIH 3.0 ketika itu sudah bersedia dengan
mobilisasi besar dan Kuala Lumpur bakal sekali lagi dipenuhi lautan
rakyat tidak kira apa warna kulitnya dan apa jua warna bajunya.
Harus
diingat, setiap mereka yang turun pada 709 akan tetap hadir lagi sekali
apabila menyedari tiada apa yang boleh menghalang 120ribu rakyat
berhimpun di Kuala Lumpur pada tanggal 9 Julai lalu. Mereka yang tidak
sempat hadir pada BERSIH 2.0 juga akan turun bersama apabila menyedari
demi demokrasi, tiada apa yang perlu ditakuti.
Berapa
ratus ribu yang akan turun dalam BERSIH 3.0 bukan soalnya lagi. Kerana
kali ini semua yang hadir turut bersedia untuk dicekup dan ditangkap,
memandangkan makanan yang disediakan adalah RM25 sekepala. Pihak
berwajib perlu sediakan kem yang lebih besar kerana rakyat yang hadir
kali ini semuanya lapar... Lapar demokrasi!
Edyes
dengan ini, menyatakan tahap sedia bukan sahaja untuk turun
berdemonstrasi secara aman, tetapi bersedia untuk ditangkap dengan
syarat, sediakan makan minum secukupnya kerana ramai akan bersama saya
untuk ditangkap dan kemudian dibenarkan makan percuma.
BERSIH
3.0 akan membuka tirainya bila-bila masa dari sekarang. Tarikhnya akan
diumum sebagai amaran bagi pihak kerajaan supaya serius melaksana
reformasi pilihanraya.
Jangan
sekali-kali 'under-estimate' kekuatan rakyat. Kami sudah buktikan
rakyat kuat di BERSIH 2.0 dan kami tiada masalah untuk buktikannya
semula dalam BERSIH 3.0.
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
No comments:
Post a Comment