Malaysia antara negara demokrasi terkebelakang dari segi proses pilihanrayanya. Sehingga kini tidak ada siapa boleh mengesahkan bila PRU itu akan berlaku yang ada hanyalah spekulasi-spekulasi. Mengambil kira semua spekulasi dan beberapa maklumat dalaman yang diperolehi maka diyakini Najib Razak akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat ini.
Menurut
sumber yang ada menyatakan, tahun ini Najib dan Rosmah akan menunaikan
ibadah haji dan akan pergi dengan penerbangan terakhir. Pemergian beliau
ini juga dikaitkan dengan pembinaan dan pembaikan imej beliau dan
isterinya yang teruk tercalar dengan beberapa isu.Diyakini telah disusun
di Tanah Suci nanti liputan media yang akan menyiarkan gambar – gambar
pasangan suami isteri ini mengerjakan ibadah Haji untuk memberikan satu
persepsi baru kepada orang ramai khususnya dalam usaha mengepung undi
orang Melayu. Jangan terkejut nanti kalau imej atau klip Najib dan
Rosmah memasuki kaabah akan dimainkan tiap malam.
Najib
dan Rosmah dijadualkan balik dengan pesawat penerbangan khas sekitar 6
November. Selepas itu dia akan mengukur kejayaan misi hajinya selain
dari membuat beberapa keputusan akhir menjelang tarikh penting. 11
November 2011 menurut maklumat yang diyakini Najib akan membubarkan
Parlimen dan serentak dengan itu negeri – negeri dibawah Bn juga akan
membubarkan DUN. Sehingga kini dalam Pakatan Rakyat masih belum ada kata
sepakat dalam pembubaran DUN di negeri dibawah PR.
1
Disember dikatakan akan diadakan penamaan calon dan 10 Disember (sabtu)
akan diadakan proses pengundian. Angka berkaitan 1 ini sengaja dipilih
menurut maklumat yang ada kerana mengikut nasihat paranormal dan tukang
tilik yang biasa digunakan mereka yang menyatakan nombor berkaitan 1
merupakan nombor tuah bagi Najib dan Rosmah. Diyakini sehingga hari ini
dari maklumat dalaman sah Najib akan mengikut tarikh ini walaupun kuat
yang menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.
Pilihanraya
awal ini dipercayai juga kerana krisis dalaman Umno yang makin
meruncing.Sudah mula ada pihak yang mahu menjatuhkan Najib dalam Umno
sendiri. Najib tidak boleh membiarkan ini merebak,mereka yang terlibat
perlu disingkirkan. Namun sebelum itu Najib perlu mendapat mandat baru
dan memastikan majoriti yang dinamakan sebagai Calon PRU.Bn perlulah
individu yang boleh menyokong beliau tanpa belah bagi
Pada
9 Julai puluhan ribu rakyat telah turun ke jalanraya kerana menuntut
Pilihanraya Bersih dan Adil. Walaupun penuh sekatan hampir tidak masuk
akal apabila melihat puluhan ribu yang masih berjaya hadir walaupun
K.Lumpur dibuatkan seperti darurat oleh penguasa dengan melakukan
kepungan dan memaksa banyak organisasi untuk tidak menjalankan operasi
pada hari tersebut. Ini semua kerana iltizam dan kehendak kuat rakyat
untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.
Najib
sendiri akhirnya terpaksa mengakui bahawa kepincangan wujud dan proses
pilihanraya memerlukan reformasi. Satu jawatankuasa terpilihan Parlimen
diwujudkan untuk maksud tersebut.
Malangnya
usaha Najib hanya pada kulit. Dalam mengumumkan langkah pemerkasaan
demokrasi dalam negara tetapi beliau (baca : bn) sendiri terus
mengerjakan banyak perkara jahat membunuh demokrasi khususnya dalam
proses pilihanraya. Isu penganugerahan istimewa orang asing dengan taraf
wargananegara secara mudah dengan syarat mengundi Bn dilihat antara
kemuncak kekurang ajaran Bn ini.
Jesteru
ini Solidariti Anak Muda Malaysia memberikan peringatan kepada Najib,
Rosmah dan regim bn keseluruhanya,JANGAN ADA SEBARANG PROSES PRU
SEHINGGA SELESAI PROSES PENAMBAHBAIKAN PRU KHUSUSNYA MELAKSANAKAN 8
TUNTUTAN BERSIH. Jika PRU diadakan sebelum proses reformasi PRU diadakan
maka PRU tersebut bakal m,enjadi PRU terkotor dalam sejarah negara.
Jika
PRU tetap diadakan sebelum proses reformasi pilihanraya selesai maka
PRU yang diadakan itu hanyalah penipuan dan hanya proses bohong yang
hanya ingin memanjangkan hayat Umno dan barisan Nasional selaku regim
pemerintah. ia hanya satu proses demokrasi palsu dan menipu rakyat.
Najib
dan regimnya mungkin boleh terus berdegil memanggil PRU dan jika ini
berlaku yakinlah pasti akan ada mobilisasi terbesar rakyat dan SAMM
tidak menolak kemungkinan kali ini bukan sekadar demonstrasi protes
tetapi ia mobilisasi rakyat benar – benar untuk menumbangkan regim,
mobilisasi rakyat untuk memasuki Putrajaya. Mobilisasi rakyat kali ini
akan benar – benar berwajah Malaysia dengan menolak sebarang sentimen
perkauman. Dari pengamatan SAMM yang sama bergelumang dibawah, majoriti
rakyat yang sedang terhimpit kehidupan mereka telah bersedia, rakyat
tidak redha Bn terus mendapat mandat dengan cara menipu dan terus
menghancurkan negara.
Ulasan lanjut akan dibuat dalam forum mengakar perubahan malam esok. Jumpa disana. Pihak media juga dijemput hadir
No comments:
Post a Comment