Tahniah
kepada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kerana berjaya menarik umum
untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini taboo untuk
dibincangkan.
Malaysia sebenarnya begitu
terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh
cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu
yang mewarisi kepentingan penjajah kapum pemodal British. Malah dalam
beberapa hal pwaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya
dalam bab pembodohan minda.
Setiap kali kemerdekaan maka
disajikan hanya Dato Onn, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib... adakah
ini saja hero negara ? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak
muda hilang minat dengan sejarah negara yang dilihat tidak cool....
Namun kemerdekaan kali ini
yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami
suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini
taboo telah dibincangkan terbuka.
che'GuBard tidak mahu
menyentuh panjang, cukup dengan menyentuh benarkah Umno memusuhi PKM
kerana ideologi Komunis atau kerana mewarisi sentimen perang penjajah.
Jika benar dengan bercakap
soal ideologi komunis menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana
pula dengan Regim Najib yang memberikan lesen kepada lidah rasmi Parti
Komunis China ?
Malaysiakini pernah melaporkan KDN memberikan permit kepada lidah Rasmi Parti Komunis China (klik sini untuk baca lanjut)
Betul benar, telah lama beri
permit kepada organ parti kominis ini terbit di Malaysia. Mengikut
laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, KDN telah meluluskan untuk
penerbitan suara rasmi Parti Kominis Malaya bernama "People's Daily".
Mengikut Wikipedia:
The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million. TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China
Yang hairannya, Harakah
diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit
banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis
dibenarkan.
kalaulah permit ini dibawah
urusan kerajaan negeri , dan ada negeri PR memberikan kelulusan maka
muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas2 tentera kita
yang telah terkorban menentang penentangan Parti Komunis Malaya satu
masa dahulu? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti
Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti
Komunis China?
Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka2 yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?
Umno juga sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan parti komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan.
Malah ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar paksa pulang Pelarian2 Politik Uighur China.
Menghantar pulang pelarian
Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan
juga kepada kematian. Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah
dengan Beijing, mereka punya sejarah melawan untuk sebuah negara Islam
Merdeka.
Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini kezaliman lebih lagi ketika Ramadhan.
Persoalanya adakah tindakan
UMNO ini adalah disebabkan hubungan formal UMNO dan Parti Komunis China
yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas.
Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia
adalah hubungan antara parti UMNO dengan Parti Komunis China.
Siapa sebenarnya yang pro komunis?
Kalau nak kata menghormati
pejuang2 yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur shahid
menentang kebangikitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.
che'GuBard pertegaskan
artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan mana - mana ideologi.
Ideologi. Jawapan kepada semua ini ialah untuk menunjukkan betapa Umno
itu munafik nombor satu.
itu belum masuk lagi
bagaimana kita bermuka - muka menentang Israel tetapi kita ada hubungan
dagang bantu ekonomi negara haram Israel. (klik untuk baca artikel hubungan malaysia Israel)
Percayalah kita tidak akan
ke mana - mana tanpa mengangkat sejarah sebenar dengan jujur. Ingatlah
sejarah bukan untuk dihukum tetapi untuk dijadikan pengajaran berguna
bagi masa depan kita.
Umno takut rakyat tahu sejarah sebenar tanahair kerana Umno ialah sebahagian dari pewaris penjajah.
No comments:
Post a Comment