Matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama.
Penukaran nama ini bertujuan untuk mengelak kekeliruan dan pertindihan dengan nama Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui oleh Majlis Agama Islam Selangor, demikian menurut satu kenyataan dari pejabat Menteri Besar semalam.
Namun menurut kenyataan itu, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor Sultan Salahuddin Idris Shah.
“Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC dan Jais bagi kesejahteraan rakyat jelata.
“Kerajaan negeri tetap akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada baginda serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini,” kata kenyataan itu.
Pada 3 Ogos lalu, sekumpulan pegawai dari bahagian penguatkuasa Jais melakukan pemeriksaan di DUMC Seksyen 13, di sini ekoran laporan bahawa proses memurtadkan umat Islam sedang berlangsung pada majlis makan malam anjuran gereja tersebut.
Berikutan itu, seramai 12 individu Muslim telah ditahan dan mereka hadir di pejabat Jais di Shah Alam minggu lalu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan membaptiskan individu-individu Muslim itu.
No comments:
Post a Comment